Sabtu, Mac 26, 2011

Tingkatkan Prestasi Sistem Ubuntu Dengan Swappiness

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Secara ringkasnya Swappiness berfungsi mengawal penggunaan RAM untuk beralih menggunakan Swap apabila peratusan penggunaan RAM yang telah diset secara lalai/default dicapai. Atas sebab penggunaan Swap pada cekera keras tidak secepat sepertimana RAM, mengakibatkan masa proses/respon untuk sistem mahupun aplikasi akan menjadi lambat ataupun perlahan.

Untuk mempergunakan RAM semaksimum yang mungkin, pengguna boleh mengubah dengan mengurangkan had/limit peratusan yang ditetapkan secara lalai pada Swappiness. Mengurangkan peratusan tersebut akan dapat meningkatkan prestasi keseluruhan sistem Ubuntu.

Pada Ubuntu, secara lalai peratusan Swappiness adalah 60. Pengguna boleh mengubah nilainya antara 0 ke 100. Walaupun begitu, disyorkan nilai peratusan paling minumum adalah 10.

Nota: Mengubah nilai peratusan Swappiness ini hanya direkomen pada komputer yang mempunyai RAM sekurang-kurangnya 512MB.

Untuk mengubah peratusan Swappiness, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Memeriksa nilai Swapiness; melalui Terminal taipkan arahan di bawah;

    cat /proc/sys/vm/swappiness

  2. Untuk mengubah secara sementara peratusan Swappiness kepada 10 (akan kembali kepada nilai asal apabila komputer dimula semula/reboot), taipkan arahan di bawah;

    sudo sysctl vm.swappiness=10

  3. Untuk mengubah dan menset peratusan Swappiness secara tetap, edit fail sysct.conf dengan menaipkan arahan di bawah bagi membuka fail berkenaan;

    gksudo gedit /etc/sysctl.conf

    Cari teks arahan vm.swappiness, kemudian taipkan jumlahnya kepada 10 (seperti contoh di bawah). Jika tidak ditemui vm.swappiness, tambahkan/taipkan teks arahan berkenaan pada baris terakhir dalam fail sysctl.conf;

    vm.swappiness=10

  4. Simpan fail berkenaan dan mula semula (reboot) komputer.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan