Rabu, Mac 02, 2011

Membuat Rujukan ManPages Menggunakan Pelayar Sesawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ManPages (Manual Pages) adalah antara kemudahan yang disediakan untuk membuat rujukan mengenai perintah/arahan Linux semasa bekerja melalui Terminal. Walaupun begitu, sebahagian pengguna merasa sedikit kesukaran untuk berinteraksi/berpindah ke muka surat yang dikehendaki mahupun lainnya. Kerana ianya memerlukan pengguna menaipkan arahan tertentu untuk tujuan tersebut.


Bagi mengatasi masalah ini, biskita boleh menggunakan alternatif lain untuk membuat rujukan dengan menggunakan pelayar sesawang. Untuk tujuan tersebut sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Melalui terminal (Applications > Accessories > Terminal), taipkan arahan di bawah untuk memasang man2html ke dalam Ubuntu;

    sudo apt-get install man2html

  2. Setelah selesai pemasangannya, buka pautan di bawah melalui pelayar sesawang yang biskita gunakan.

    http://localhost/cgi-bin/man/man2html

         

    Man2html akan lebih memudahkan pengguna untuk membuat carian dan membuka mana-mana muka surat manpage serta berinteraksi ke muka surat yang dikehendaki dan seumpamanya.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan