Sabtu, April 02, 2011

Menset Semula Kata Laluan Pengguna Sistem Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlupa kata laluan (Password) untuk memasuki ke sistem Ubuntu kadangkala akan berlaku di kalangan pengguna dan keadaan ini jika tidak menemui penyelasainya, menyebabkan sebahagian pengguna membuat keputusan untuk memasang semula sistem Ubuntu ke komputer mereka. Bagi mengelak tindakan pemasangan semula sistem Ubuntu hanya disebabkan terlupa kata laluan, pengguna boleh mengikuti cara dan langkah di bawah bagi menset semula (Reset) kata laluan yang terlupa berkenaan;
  1. Semasa berada di menu GRUB iaitu ketika memula (boot) mahupun selepas komuter dimula semula (reboot), pilih Ubuntu, with Linux 2.6.xxx (recovery mode) untuk memasuki ke sistem Ubuntu (contoh imej di bawah);

    Nota: Bagi pengguna yang hanya terpasang sistem Ubuntu sahaja pada komputer mereka, menu GRUB tidak akan dipaparkan semasa memula komputer. Untuk menayangkannya, ketika proses memula komputer (selepas proses BIOS), tekan kekunci Shift dan jangan lepaskan (hold down) sehingga menu GRUB dipaparkan.

    Setelah proses memasuki ke sistem Ubuntu menggunakan Recovery Mode selesai terlaksana, biskita akan dipaparkan tetingkap menu Recovery (contoh imej di bawah), pilih root   Drop to root shell prompt;


  2. Selepas itu, biskita akan dibawa ke ruang Shell/Terminal; Taipkan arahan di bawah untuk menyemak bagi menentukan nama pengguna (username) yang akan diset semula kata laluannya.

    • ls /home

  3. Taipkan arahan di bawah untuk proses menset kata laluan baru.

    • passwd username
      Gantikan perkataan username dengan nama pengguna yang biskita gunakan.

    Selepas menekan kekunci Enter, akan dipaparkan seumpama di bawah; Taipkan kata laluan baru yang biskita mahukan.
    Enter new UNIX password:
    Untuk pengesahan, biskita dikehendaki menaipkan sekali lagi kata laluan berkenaan.
    Retype new UNIX password:
    Nota: kata laluan yang ditaipkan tidak akan dipaparkan pada terminal, jadi perhatikan betul-betul setiap kekunci yang biskita taipkan.

  4. Setelah selesai biskita menset kata laluan baru tersebut, taipkan arahan di bawah untuk keluar dari Shell dan memasuki semula ke menu Recovery.

    • exit

    Pada menu Recovery, pilih resume   Resume normal boot untuk memasuki ke sistem Ubuntu menggunakan Shell/Terminal.

    Masukkan nama pengguna biskita dan kata laluan yang baru diset tadi apabila dipinta. Kemudian taipkan arahan sudo reboot -f untuk memula semula komputer atau taipkan startx bagi memasuki ke desktop Ubuntu.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan