Jumaat, April 22, 2011

Cara Untuk Mengetahui CPU 64-Bit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada entri kali ini, dikongsikan cara untuk mengetahui samada pemproses/processor (CPU) komputer yang biskita miliki/gunakan berkemampuan 64-bit atau sebaliknya. Hal ini amat perlu terutama kepada pengguna baru bagi menentukan samada komputer berkenaan menyokong untuk menggunakan Ubuntu jenis 64-bit ataupun 32-bit.

Untuk tujuan berkenaan, sila taipkan atau salin dan tampal salah satu antara perintah/arahan di bawah ke dalam Terminal (Applications > Accessories > Terminal);
  • grep --color=always -iw lm /proc/cpuinfo

    Selepas menekan kekunci Enter, akan dipaparkan pada skrin seumpama di bawah;
    flags     : fpu vme de pse tsc msr pae mce cx8 apic mtrr pge mca cmov pat pse36 clflush mmx fxsr sse sse2 ht syscall nx mmxext fxsr_opt pdpe1gb rdtscp lm 3dnowext 3dnow constant_tsc nonstop_tsc extd_apicid pni monitor cx16 popcnt lahf_lm cmp_legacy svm extapic cr8_legacy abm sse4a misalignsse 3dnowprefetch osvw ibs skinit wdt
    Jika terdapat teks lm, bermakna CPU biskita adalah 64-bit.

    Nota: lm adalah singkatan Long Mode yang dimaksudkan kepada CPU 64-bit.

  • egrep -c ' lm ' /proc/cpuinfo

    Jika dipaparkan angka 1 atau angka yang lebih besar bererti CPU biskita 64-bit dan jika dipaparkan angka 0 bermakna sebaliknya.

  • lshw -C cpu

    Akan dipaparkan pada skrin seumpama di bawah;
    *-cpu
    product: AMD Turion(tm) II Dual-Core Mobile M520
    vendor: Advanced Micro Devices [AMD]
    physical id: 1
    bus info: cpu@0
    version: 15.6.2
    size: 800MHz
    capacity: 800MHz
    width: 64 bits
    capabilities:   fpu fpu_exception wp vme de pse tsc msr pae mce cx8 apic mtrr pge mca cmov pat pse36 clflush mmx fxsr sse sse2 ht syscall nx mmxext fxsr_opt pdpe1gb rdtscp x86-64 3dnowext 3dnow constant_tsc nonstop_tsc extd_apicid pni monitor cx16 popcnt lahf_lm cmp_legacy svm extapic cr8_legacy abm sse4a misalignsse 3dnowprefetch osvw ibs skinit wdt cpufreq
    Jika didapati "width: 64 bits " bermakna cpu biskita adalah 64-bit.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dengan kelebihan dan perbezaan CPU 64-bit dengan 32-bit, sila rujuk di sini.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan