Sabtu, April 09, 2011

Ubuntu 11.04 Countdown Banner

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang sudah dimaklumi bahawa pada 28 April 2011 ini, keluaran terbaharu Ubuntu versi 11.04 dengan kod nama Natty Narwhal akan dirilis dan dilancarkan.

Untuk menyemarakkan suasana ketibaan hari pelancaran berkenaan, tiga reka bentuk countdown banner (sepertimana contoh imej di bawah) telah dikeluarkan melalui laman sesawang The Ubuntu Countdown.

The next version of Ubuntu is coming soon   The next version of Ubuntu is coming soon   The next version of Ubuntu is coming soon

Kepada pengguna yang ingin turut sama menyebar dan mewar-warkan versi terbahru Ubuntu 11.04 berkenaan, bolehlah menggunakan banner tersebut bagi diletakkan di laman sesawang masing-masing. Biskita boleh mendapatkan kod countdown banner berkenaan di laman sesawang The Ubuntu Countdown.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan