Isnin, April 04, 2011

Memasang Tema Ikon Faenza

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tema ikon Faenza adalah antara set ikon yang menjadi kegemaraan mahupun kesukaan sebahagian pengguna untuk digunapakai bagi menggantikan set ikon yang sedia ada pada sistem Ubuntu.

Kepada pengguna Ubuntu 10.04 & 10.10 yang berkeinginan membuat modifikasi tampilan ikon pada sistem Ubuntu mereka, bolehlah mencuba mempergunakan set ikon berkenaan dengan mengikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal, kemudian taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah;

    • sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox
      bertujuan menambah/memasukkan repository juga mengimport kekunci GPG tema ikon Faenza ke dalam Ubuntu.

    • sudo apt-get update
      bertujuan untuk membuat semakan dan mendapatkan pengemaskinian.

    • sudo apt-get install faenza-icon-theme
      bertujuan untuk pemasangan tema ikon Faenza ke dalam Ubuntu.

    Nota: Apabila dipaparkan pada skrin terminal seumpama [sudo] password for your_username: taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan.

  2. Setelah pemasangan tema ikon Faenza selesai dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Terminal. Biskita boleh mempergunakan set ikon Faenza berkenaan melalui Appearance Preferances (System > Preferances > Apperance).

Keterangan Ringkas Menggunakan Set Ikon Faenza;
  1. Buka Apperance Preferances melalui menu System > Preferance > Apperance. Atau klik kanan tetikus pada desktop Ubuntu bagi menayangkan konteks menu, dan pilih Change Desktop Background.

          

    Pada Tab Theme di tetingkap Apperance Preferances (contoh imej di bawah), klik butang Customize untuk proses menset ikon Faenza.


  2. Apabila dipaparkan tetingkap Customize Themes (contoh imej di bawah), pada Tab Icons, pilih set ikon Faenza, selepas itu tutup tetingkap Customize Themes dengan menekan butang Close. Akhir sekali tutup tetingkap Apperance Preferance bagi mengakhiri proses penukaran/menggunakan set ikon Faenza berkanaan.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan