Selasa, April 26, 2011

gKamus | Kamus Bahasa Inggeris - Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 ->   -> 

gKamus adalah sebuah aplikasi kamus yang memberi kemudahan menterjemah perkataan Inggeris ke bahasa Indonesia secara luar talian (off line). Dihasilkan oleh Ardhan Madras dan Firmansyah. gKamus boleh dipasang samada pada Ubuntu juga pada Window$. Keterangan lanjut mengenainya, sila klik di sini.

Untuk memasang gKamus ke dalam Ubuntu 10.04 dan 10.10, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka Terminal melalui Applications > Accessories > Terminal dan taipkan arahan di bawah;

    • sudo add-apt-repository ppa:garuda-id/pkg-misc
      bertujuan menambah/memasukkan repository juga mengimport kekunci GPG gKamus ke dalam Ubuntu.

    • sudo apt-get update
      bertujuan untuk membuat semakan dan mendapatkan pengemaskinian.

    • sudo apt-get install gkamus
      bertujuan untuk pemasangan gKamus ke dalam Ubuntu.

    Nota: Apabila dipaparkan pada skrin terminal seumpama [sudo] password for your_username: taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan.

  2. Setelas selesai pemasangannya dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Terminal.

  3. gKamus boleh dibuka melalui Applications > Office > gKamus.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan