Rabu, April 06, 2011

DesktopNova

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DesktopNova adalah antara apalikasi (sepertimana CreBS) yang dengannya akan membolehkan imej/gambar dinding (wallpaper) desktop Ubuntu ditukar ganti secara automatik mengikut masa yang ditentukan oleh pengguna.

Untuk memasang DesktopNova ke dalam Ubuntu 10.04/10.10, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal, kemudian taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah;

    • sudo add-apt-repository ppa:haliner/ppa
      bertujuan menambah/memasukkan repository juga mengimport kekunci GPG bagi DesktopNova ke dalam Ubuntu.

    • sudo add-apt-repository ppa:michael-astrapi/ppa
      bertujuan menambah/memasukkan repository juga mengimport kekunci GPG DesktopNova-Tray ke dalam Ubuntu.

    • sudo apt-get update
      bertujuan untuk membuat semakan dan mendapatkan pengemaskinian.

    • sudo apt-get install desktopnova
      bertujuan untuk pemasangan DesktopNova ke dalam Ubuntu. Secara automatik juga akan dipasang DesktopNova-Tray.

    Nota: Apabila dipaparkan pada skrin terminal seumpama [sudo] password for username: taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan.

  2. Setelah pemasangan DesktopNova selesai dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Terminal.

Keterangan Ringkas Menggunakan DesktopNova;
  1. Buka/jalankan DesktopNova daripada menu Applications > Accessories > DesktopNova.


  2. Apabila dipaparkan tetingkap DesktopNova (contoh imej di bawah), biskita bolehlah memulakan konfigurasi DesktopNova sepertimana contoh keterangan ringkas di bawah;

    Pada Tab Images; Klik butang Add atau butang Add Folder bagi memuatkan mahupun menambah imej yang hendak digunakan.


    Untuk membuang imej ataupun folder yang disenaraikan pada ruang yang disediakan, klik butang Remove atau butang Remove All.

  3. Pada Tab Setting (contoh imej di bawah); tandakan kotak pilihan (checkbox) Change Wallpaper in intervals bagi membolehkan imej ditukar ganti mengikut masa yang ditentukan. Secara lalai (default) ianya diset 5 minit.


    Tandakan kotak pilihan Change wallpaper every launch dan juga Launch daemon every session (Autorun).

    Selepas itu klik butang Modules; Pilih Gnome 0.2 dengan menandakan kotak pilihan yang tersedia, kemudian klik butang Ok (contoh imej di bawah).


  4. Pada Tab Tray-icon, tandakan kotak pilihan Launch tray-icon every session (Autorun) dan juga Enable mouse wheel switching (contoh imej di bawah).


  5. Pada Tab Advance (contoh imej di bawah), adalah untuk memuatkan jenis sambungan (extension) fail yang digunakan. Secara lalai jenis-jenis fail yang digunakan adalah png jpg jpeg bmp svg gif dan tif.


    Bagi mengakhiri proses konfigurasi DesktopNova, klik butang Save setting dan tutup tetingkap DesktopNova.

  6. Untuk mengaktifkan DesktopNova Tray Icon, biskita boleh menjalankan/membukanya melalui menu Applications > Accessiories > DesktopNova Tray.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan