Khamis, April 28, 2011

Panduan Lengkap Dan Mencuba Ubuntu 11.04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

The next version of Ubuntu is coming soon

Versi terbaharu Ubuntu 11.04 Natty Narwhal akan dilancarkan pada hari ini 28 April 2011. Yang pasti keluaran kali ini membawakan perubahan terkini terutama pada paparan antaramuka desktop yang mengenalkan Unity bagi menggantikan Gnome. Ianya sesuatu pembaharuan yang mungkin akan membuat sebahagian pengguna merasa sedikit kekok ketika menggunakan untuk pertama kalinya.

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna bagi mengenal serta memahami paparan baru ini, OMG! Ubuntu telah menyediakan sebuah laman sesawang khusus untuk tujuan tersebut. Biskita bolehlah membuat rujukan mengenainya di;


Selain itu, satu lagi pembaharuan yang diusahakan oleh Canonical bermula dikeluaran Ubuntu 11.04 ini adalah menyediakan kemudahan bagi mencuba Ubuntu secara atas talian. Dengannya akan dapat memberikan pengalaman langsung kepada pengguna sebelum memuat turun dan memasangnya ke dalam komputer masing-masing. Untuk tujuan berkenaan sila layari;



Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan