Khamis, April 14, 2011

Unlock Default Keyring

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah biskita berdepan dengan paparan tetingkap seperti contoh di bawah pada setiap kali biskita memasuki sistem Ubuntu?


Keadaan seumpama berkenaan kebiasaannya akan berlaku apabila pengguna menukar kata laluan utama mereka. Untuk mengelak/menghentikan tetingkap Unlock Keyring berkenaan dipaparkan, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Daripada menu Applications > Accessories, buka/lancarkan Passwords and Encryptions Keys.


  2. Apabila dipaparkan tetingkap Passwords and Encryptions Keys (contoh imej di bawah), pada tab Passwords klik kanan tetikus pada Passwords:Login dan pilih Change Password.


  3. Selepas itu, akan dipaparkan tetingkap Change Keyring Password (contoh imej di bawah). Taipkan kata laluan lama juga kata laluan baru biskita, kemudian klik butang OK dan seterusnya tutup tetingkap Passwords and Encryptions Keys untuk mengakhiri proses.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan