Khamis, April 07, 2011

Perkhidmatan Percuma Shipit Telah Berakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam 06 April 2011 melalui Blog Canonical telah diumumkan perkhidmatan percuma pemberian dan penghantaran CD Ubuntu di laman sesawang ShipIt telah diberhentikan. Walaupun begitu, pihak Canonical masih tetap mengedarkan CD berkenaan tetapi hanya kepada komuniti Ubuntu tempatan (LoCos), yang dengannya dapat membantu mereka dalam penyebaran penggunaan Ubuntu secara lebih efektif dan berkesan.

Selain itu, Canonical juga mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan uji cuba Ubuntu secara atas talian / Cloud. Melaluinya nanti membolehkan pengguna Window$ khususnya, untuk mencuba Ubuntu secara maya sebelum membuat keputusan memasang dan menggunakannya pada komputer mereka.

Untuk keterangan lanjut mengenai penutupan perkhidmataan ShipIt berkenaan, sila layari Blog Canonical.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan