Sabtu, Januari 02, 2010

Mengubah Kata Laluan Pengguna Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya telah ditanyakan oleh rakan pengguna baru Ubuntu mengenai cara untuk menukar/mengubah kata laluan (password) dalam Ubuntu 9.10 Karmic Koala yang digunakannya. Untuk itu di sini dikongsikan bersama cara macamana menukar kata laluan pengguna dalam Ubuntu.

1. Cara pertama dan yang mudah adalah melalui alatan About Me. Ianya boleh dibuka daripada menu System > Preferences > About Me.
Apabila tetingkap About Me dipaparkan (gambar bawah), klik butang Change Password yang terletak di sebelah atas-kanan.


Selepas itu akan dipaparkan tetingkap Change Password (gambar bawah), taipkan kata laluan asal biskita pada kotak Current Password dan tekan butang Authenticate bagi pengesahan.


Setelah itu taipkan kata laluan baru biskita pada kotak New password dan Retype new password. kemudian klik butang Change password untuk membuat perubahan.
2. Cara kedua adalah menggunakan alatan Users and Groups yang ada pada menu System > Addministration > Users and Groups. Apabila dipaparkan tetingkap Users Setting, double-click nama/username biskita untuk menukar kata-laluan yang baru.

3. Cara ketiga adalah melalui Terminal (Applications > Accessories > Terminal). Iaitu dengan menaipkan kata arahan passwd.


0 ulasan:

Catat Ulasan