Sabtu, Januari 09, 2010

Memasang Pakej/Sofwer Melalui Terminal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terminal adalah merupakan alatan yang paling berkuasa dalam mana-mana sistem Linux. Bagi pengguna baru Ubuntu, perlu mengetahui dan mempelajari untuk menggunakannya. Walaupun pada Ubuntu tersedia alatan mudah GUI bagi pemasangan sofwer, namun penggunaan terminal ada ketikanya sangat diperlukan dan tidaklah sesukar mana yang disangkakan.

Proses pemasangan sofwer melalui terminal adalah menggunakan kata arahan "sudo apt-get install", atau "sudo aptitude install" dan proses membuang (uninstall) pula ialah "sudo apt-get remove".

Sebagai contoh; untuk memasang sofwer playonlinux, pengguna hendaklah menaipkan arahan seperti di bawah;

user1@mypc:~$ sudo apt-get playonlinux

Selepas menekan Enter, akan terpapar seperti di bawah meminta biskita menaipkan kata laluan bagi pengesahan untuk meneruskan arahan.

[sudo] password for user1:

Taipkan password biskita kemudian tekan Enter. Untuk makluman, akasara mahupun teks yang ditaipkan sebagai kata laluan tidak akan dipaparkan ataupun ditayangkan, namun setiap apa yang biskita taipkan akan dibaca oleh sistem Ubuntu.

Setelah kata laluan biskita diterima, Ubuntu akan mencari pakej/sofwer berkenaan dan jika ada, maka akan ditayangkan seumpama contoh di bawah.

user1@mypc:~$ sudo apt-get install playonlinux
[sudo] password for user1:
Reading package lists... Done
Building dependency tree
Reading state information... Done
The following extra packages will be installed:
imagemagick libwxbase2.8-0 libwxgtk2.8-0 python-wxgtk2.8 python-wxversion
Suggested packages:
transfig imagemagick-doc libgnomeprintui2.2-0 wx2.8-doc wx2.8-examples
python-wxtools ruby tcsh csh octave3.0 mksh pdksh
The following NEW packages will be installed:
imagemagick libwxbase2.8-0 libwxgtk2.8-0 playonlinux python-wxgtk2.8
python-wxversion
0 upgraded, 6 newly installed, 0 to remove and 0 not upgraded.
Need to get 14.4MB of archives.
After this operation, 56.7MB of additional disk space will be used.
Do you want to continue [Y/n]?


Taipkan Y dan tekan Enter untuk meneruskan, Ubuntu akan melaksanakan urusan pemasangannya sehingga selesai.

Untuk membuang sofwer yang dipasang, taipkan arahan sudo apt-get remove nama-sofwer, contohnya; user1@mypc:~$ sudo apt-get remove playonlinux


0 ulasan:

Catat Ulasan