Rabu, Januari 27, 2010

Membuang Linux Kernal Lama Dalam Menu GRUB Loader

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali Ubuntu meninggkat taraf Linux Kernal yang digunakan, Linux Kernal yang lama akan masih disenaraikan dalam menu GRUB Loader. Contoh sepertimana di bawah:
"Ubuntu, Linux 2.6.31-16-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-16-generic (recovery mode)"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-15-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-15-generic (recovery mode)"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-14-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-14-generic (recovery mode)"
....dan seumpamanya.
Pengguna Ubuntu 9.10 boleh membuang Linux Kernal lama berkenaan dan secara automatik juga ianya akan dikeluarkan dari senarai dalam Menu GRUB. Caranya adalah menggunakan Synaptic Package Manager.
  1. Buka Synaptic Package Manager (System > Administration > Synaptic Package Manager)


  2. Pada kotak search taipkan versi Linux Kernal yang hendak dibuang/dipadamkan (contohnya 2.6.31-14).


  3. Setelah itu, cari dan right-click pada linux-headers-2.6.26-14, linux-image-2.6.26-14, linux-image-2.6.26-14-generic atau seumpamanya. Pilih "Mark for Complete Removal".



    Kemudian klik butang Apply untuk melaksanakan pembuangan Linux Kernal yang dimaksudkan.

Selain cara di atas biskita juga boleh menggunakan alternatif lain untuk membuang Linux Kernal yang dimaksudkan, iaitu dengan menggunakan aplikasi Ubuntu Tweak. Sila rujuk entri Perkara Asas Yang Dilakukan Selepas Pemasangan Ubuntu 9.10 bagi cara pemasangan Ubuntu Tweak dalam Ubuntu.

Nota:
Untuk perhatian pengguna baru Ubuntu; bermula pada Ubuntu versi 9.10 Karmic Koala, default boot loader (GRUB - GRand Unified Bootloader) yang digunakan adalah GRUB 2 iaitu versi terbaharu yang menggantikan GRUB Legacy. Jika sebelum ini pengguna melakukan pengeditan GRUB melalui fail menu.lst, tetapi kini fail berkenaan digantikan dengan grub.cfg. Perlu diingat bahawa fail grub.cfg bukan untuk diedit dan diubahsuai secara manual.

Keterangan lanjut mengenai GRUB 2 boleh dirujuk di https://help.ubuntu.com/community/Grub2 dan https://wiki.ubuntu.com/Grub2



0 ulasan:

Catat Ulasan