Sabtu, Januari 16, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Alpha 2)

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Alpha 2 telah pun dirilis pada 14 Januari 2009 (15 Januari - Brunei). Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat dalam rilis berkenaan adalah;
  1. Utiliti dari Red Hat iaitu Plymouth Graphical Boot Manager telah menggantikan Usplash.
  2. Nvidia proprietary video driver 190.53 dan Likewise Open versi 5.4 adalah juga antara yang dimuatkan dalam versi Alpha 2 ini.
  3. Pakej-pakej kernel Linux telah ditingkatkan ke versi 2.6.32-10.14.
  4. Persekitaran meja komputer GNOME juga telah ditingkatkan ke versi 2.29.4 yang membawa ciri baru terutama pada Nautilus, yang mana mempunyai fungsi panel berkembar yang disebut sebagai Extra Pane.
  5. Applet Penunjuk Sesi (Indicator Applet Session) telah dipecahkan kepada dua bahagian; pada salah satunya untuk menukar status pengguna, dan yang satu lagi digunakan untuk Lock Screen/Guest Seassion/Switch User/Log Out/Hibernate/Restart/Shut Down.
  6. Selain itu, terdapat aplikasi baru yang disebut PiTiVi. Dengannya membolehkan pengguna untuk mengedit filem.
  7. Pada bahagian permainan, Gnometris telah digantikan dengan Quadrapassel dan satu permainan baru iaitu gbrainy (a brain teaser game) telah ditambah.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenainya, sila klik di sini untuk membaca review yang dibuat oleh Softpedia.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 9.10 10.04:
  • 10 Disember 2009 - Alpha 1 release
  • 14 January 2010 - Alpha 2 release
  • 25 February 2010 - Alpha 3 release
  • 18 Mac 2010 - Beta Release 1
  • 8 April 2010 - Beta Release 2
  • 22 April 2010 - Release Candidate
  • 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)

0 ulasan:

Catat Ulasan