Rabu, Januari 06, 2010

Network Connections Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk membuat penyambungan ke internet dalam Ubuntu, ianya amatlah mudah dan ringkas. Apa yang penting biskita mempunyai akaun internet seperti e-Speed (Brunei). Untuk tujuan itu sila ikuti cara membuat penyambungannya sebagaimana contoh di bawah:-

1. Wireless:
a. Right-click ikon Network Connection yang ada pada panel sebelah atas-kanan, kemudian pastikan check-box Enable Network dan Enable Wireless di tik (contoh gambar bawah).



b. Left-click kembali ikon Network Connection dan pilih Connect to Hidden Wireless Network (bagi SSID yang tidak di broadcast) ataupun Create New Wireless Network.



c. Untuk penyambungan ke Hidden Wireless Network; apabila dipaparkan tetingkap Connect to Hidden Wireless Network (gambar bawah), taipkan nama rangkaian biskita pada kotak Network name. Pada kotak Wireless Security, pilih jenis sekuriti yang biskita gunakan. Samada None, WEP 40/128-bit Key, WEP 128 passphrase, WPA & WPA2 Personal, WPA & WPA2 Enterprise atau seumpamanya.



Setelah itu akan dipaparkan tetingkap seperti contoh gambar bawah. Taipkan kata laluan rangkaian biskita dalam kotak Password dan selepas itu klik butang Connect.



d. Untuk membuat penyambungan rangkaian tanpa wayar yang baru (New Wireless Network); Apabila dipaparkan tetingkap Create New Wireless Network (gambar bawah), taipkan nama rangkaian biskita pada kotak Network name. Pada kotak Wireless Security, pilih jenis sekuriti yang biskita gunakan. Kemudian taipkan kata laluan rangkaian biskita pada kotak Key. Selepas itu klik butang Create.


2. Wired Connection.
Secara asasnya, tidak memerlukan untuk melakukan/membuat apa-apa setting. Hanya plugin sahaja Network Cable ke komputer dan ianya akan terus dihubungkan ke rangkaian biskita.
3. Untuk merujuk rangkaian mana yang biskita dihubungkan, ianya boleh diketahui dengan menklik ikon Network Connection (gambar bawah). Bagi mengetahui keterangan yang lebih detil mengenainya, right-click ikon Network Connection dan pilih Connection Informations.
4. Mengedit rangkaian yang telah dibuat/diset.
Ianya bolehlah dilakukan dengan right-click ikon Network Connection, kemudian pilih Edit Connections.

Padanya terdapat beberapa tab. Klik tab Wireless dan klik nama rangkaian biskita kemudian klik butang Edit.



Jika dipaparkan tetingkap seperti di bawah, klik Allow Once ataupun Always Allow untuk meneruskan.



Setelah itu biskita bolehlah melakukan pengeditan ke atas rangkaian biskita. (mengikut sepertimana contoh gambar di bawah)




Selain itu, biskita juga boleh memilih bagi membuat penyambungan samada Wired, Mobile Broadband, VPN dan DSL.

0 ulasan:

Catat Ulasan