Rabu, Februari 17, 2010

Merancang Partisi Hardisk Sebelum Memasangan Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas saya bersama rakan telah berbincang mengenai ehwal yang bersanggkutan dengan pemasangan Ubuntu. Antara isu yang dibangkitkan adalah berkisar tentang partisi ruang hardisk, yang mana terdapat di antara pengguna yang kurang memberikan perhatian apatah lagi membuat perancangan untuk tujun tersebut. Walaupun untuk membuat partisi dianggap sukar oleh sebahagian pengguna terutama pengguna baru, tetapi dengan adanya kemudahan peralatan GParted yang mesra pengguna insya Allah setiap pengguna pasti dapat melakukannya dengan mudah.

Membuat perancangan dalam apa jua perkara yang hendak dilakukan adalah sesuatu yang penting bagi kelancaran dan kejayaannya. Begitulah juga hal nya dalam pemasangan Ubuntu, pengguna perlu meluangkan sedikit masa bagi merancang dan membuat perkiraan dalam pembahagian ruang hardisk sebelum memulakan instalsi Ubuntu.

Antara perkara asas yang perlu diberikan perhatian sebelum memasang Ubuntu adalah;
  1. Menentukan saiz/kapasiti ruang hardisk untuk sistem pengoperasian Ubuntu, termasuk padanya direktori /home
  2. Menentukan saiz bagi ruang SWAP untuk Ubuntu
  3. Jika melakukan instalasi secara dual boot dengan Window$, penyediaan ruang hardisk untuknya adalah diperlukan.

  4. Selain contoh di atas, pengguna juga bebas dan boleh membahagi-bahagikan ruang hardisk kepada beberapa bahagian lagi sepertimana di bawah:-

  5. Ruang penyimpanan data untuk Ubuntu (/home).
  6. Ruang penyimpanan data untuk Window$ (Drive D: atau seumpamanya)
Pembahagian ruang hardisk ini diistilahkan sebagai partisi (partition). Ianya boleh dilakukan samada sebelum mahupun dalam masa proses pemasangan Ubuntu. Walaupun ada terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan, pengguna adalah disaran untuk menggunakan GParted iaitu alatan yang tersedia ada dan terdapat pada Live CD Ubuntu.

Kenapa perlu membuat partisi ataupun membahagi ruang hardisk? Banyak kelebihan yang akan diperoleh pengguna, antaranya; Jika sekiranya sistem sesebuah komputer berkenaan mengalami failure, insya Allah data yang tersimpan pada ruang yang berasingan tidak akan terganggu serta akan boleh diselamatkan. Pengguna hanya perlu membaik pulih sistem yang bermasalah berkenaan sahaja.

Jumlah keluasan atau besarnya MB mahupun GB ruang untuk setiap partisi, pada dasarnya adalah tertakluk kepada jumlah keseluruhan kapasiti sesebuah hardisk tersebut. Semakin besar kapasitinya maka semakin mudahlah untuk membahagi-bahagikannya. Selain itu, pengguna adalah tidak terikat untuk hanya menggunakan sebuah hardisk sahaja, ia boleh menggunakan lebih dari itu, keadaan ini tertakluk kepada keupayaan sesebuah komputer yang digunakan.

Walaupun untuk menjalankan Ubuntu hanya memerlukan sekurang-kurangnya 4GB ruang hardisk, tetapi lebih besar atau luasnya ruang hardisk yang ada maka ianya adalah lebih efisien. Untuk itu, disarankan kepada pengguna untuk membuat perkiraan yang realistik dalam hal ini.

Di bawah adalah contoh jumlah GB untuk setiap partisi ruang hardisk pada sebuah komputer pengguna yang memasang Ubuntu secara dual boot dengan Window$. Ini hanyalah contoh sahaja dan bertujuan untuk memberikan gambaran bagi mencetuskan idea dalam membuat perancangan pembahagian ruang hardisk. Pengguna bebas menentukan jumlah saiz keluasan hardisk untuk setiap partisi yang dibuat.


Nota:-
Apa dia SWAP? Secara ringkas dan untuk kefahaman yang mudah; Jika sekiranya sesebuah komputer tersebut kekurangan mahupun kehabisan sumbar memori fizikal (RAM), maka ianya akan menggunakan ruang SWAP. Pada window$ ia dikenal dengan istilah Virtual Memory. Untuk menentukan saiz MB mahupun GB bagi ruang partisi SWAP, perkiraannya adalah dua kali ganda dengan memori yang ada. Contohnya jika sesebuah komputer itu mempunyai 512MB memori (RAM), maka saiz untuk ruang SWAP adalah 1024MB / 1GB.


0 ulasan:

Catat Ulasan