Jumaat, Februari 26, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Alpha 3)

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Hari ini 25 Februari 2010 (26 Februari - Brunei) Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Alpha 3 telah dirilis. Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat dalam rilis berkenaan adalah;
  1. Pakej-pakej kernel Linux yang berasaskan 2.6.32.8 telah dikemaskini dan ditingkatkan ke versi 2.6.32-14.20.
  2. Persekitaran meja komputer dikuasakan dengan GNOME 2.30 Beta 1 (2.29.91).
  3. Nouveau telah ditetapkan sebagai default driver bagi kad grafik Nvidia.
  4. Thunderbird 3 iaitu emel dan rss/news client telah dimuatkan dalam default software repository bagi menggantikan versi 2.0.
  5. Applet Penunjuk Sesi (Indicator Applet Session) telah menerima beberapa ciri/features. Pada volume applet, pengubahsuaian kepada rekabentuk yang baru telah dilakukan. Selain itu, keluaran Ubuntu 9.10 ini juga telah menunjukkan yang ianya sudah siap sedia bagi aktiviti rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, identi.ca dan lain-lain perkhidmatan seumpamanya. Gwibber iaitu microblogging juga telah ditambah untuk melengkapkan perkhidmatan rangkaian sosial tersebut.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenainya, sila klik di sini untuk membaca review yang dibuat oleh Softpedia.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 9.10 10.04:
  • 10 Disember 2009 - Alpha 1 release
  • 14 January 2010 - Alpha 2 release
  • 25 February 2010 - Alpha 3 release
  • 18 Mac 2010 - Beta Release 1
  • 8 April 2010 - Beta Release 2
  • 22 April 2010 - Release Candidate
  • 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)

0 ulasan:

Catat Ulasan