Isnin, Februari 22, 2010

Menset Wallpaper Berbeza Pada Setiap Ruang Kerja Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Menghiasi ruang desktop Ubuntu dengan imej/gambar sebagai wallpaper adalah antara perkara yang perlu dilakukan oleh sebahagian pengguna. Malahan imej-imej ini akan ditukar ganti mengikut selera masing-masing.

Antara kelebihan dan keistemewaan yang ada pada Ubuntu adalah mempunyai beberapa ruang kerja (workspace/virtual desktop). Secara default, Ubuntu menyediakan dua ruang kerja yang boleh digunakan oleh pengguna. Walaumacamana pun jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, dan kebanyakkan pengguna akan menambahnya kepada 4 ruang kerja.

Dalam usaha untuk mengguna/menukar imej bagi dijadikan wallpaper desktop Ubuntu, setiap wallpaper yang dipilih akan juga digunakan disetiap ruang kerja (workspace/virtual desktop) yang ada. Keadaan ini menyebabkan sebahagian pengguna berkeinginan untuk memberikan imej yang berbeza bagi setiap ruang kerja Ubuntu mereka. Sememangnya ini boleh dilakukan dan ada terdapat bermacam kaedah ataupun cara untuk melaksanakannya. Antaranya adalah seperti langkah di bawah;
  1. Terlebih dahulu biskita hendaklah memasang ConfizConfig Setting Manager (CCSM), ianya boleh dipasang melalui Ubuntu Software Center. (Pastikan komputer biskita boleh/menyokong untuk menjalankan efek dan plugin ConfizConfig).

  2. Buka ConfizConfig Setting Manager melalui menu System > Preferences. Pada ruang Category, klik Utility. Selepas itu pilih dan tik check box Wallpaper untuk mengaktifkannya.


  3. Klik ikon Wallpaper untuk memasuki setting Wallpaper. Pada tab General > Backgrounds, klik butang New bagi tujuan memasukkan imej yang dikehendaki sebagai wallpaper. Untuk menambah imej bagi ruang kerja seterusnya, ulangi proses dengan menekan butang New berkenaan. Setelah selesai tutup ConfizConfig Setting Manager.


  4. Buka Run Application Dialog dengan menekan kekunci Alt+F2. Taipkan arahan gconf-editor pada kotak yang disediakan dan tekan butang Run untuk menjalankan/membuka Configuration Editor.


  5. Pada folder Apps yang tersenarai di ruangan sebelah kiri, cari dan klik folder Nautilus, seterusnya klik folder Preferences. Pada ruang di sebelah kanan folder Preferences, kosongkan/hilangkan tanda tik pada check box show_desktop. Sesudah itu tutup Configuration Editor.


Perhatian:-
Dengan melakukan kaedah/cara sepertimana di atas, akan mengakibatkan ikon, shortcut, folder dan seumpamanya yang disimpan pada desktop Ubuntu, tidak akan ditayangkan. Selain itu, right-click pada desktop juga tidak akan berfungsi.

Tips: Untuk memudahkan bagi memasuki ruang desktop, pengguna boleh meletakkan shortcut desktop pada panel sebelah atas mahupun bawah. Atau menggunakan docking seumpama Cairo Dock ataupun Avant.


0 ulasan:

Catat Ulasan