Ahad, Februari 28, 2010

Membetulkan Jam Yang Berbeza Antara Ubuntu Dan Window$

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi pengguna yang memasang Ubuntu secara dual boot dengan window$ mungkin akan pernah berdepan dengan masalah ketidaksamaan jam/waktu antara keduanya.

Kejadian seumpama tersebut pernah terjadi pada komputer rakan yang menggunakan Ubuntu secara dual boot dengan Window$. Keadaan ini berlaku selepas melakukan instalasi semula (reinstall) Window$. Jam di sistem Ubuntu menunjukkan waktunya bertepatan dengan waktu Brunei (GMT +8) akan tetapi bila memasuki ke sistem Window$, waktunya pula adalah lewat 8 jam (GMT -8).

Masalah ini insya Allah dapat diatasi melalui Ubuntu. Untuk tujuan tersebut, sila ikuti langkah di bawah;
  1. Buka Terminal daripada menu Applications > Accessories.

  2. Taipkan atau copy dan paste arahan di bawah untuk membuka dan mengedit fail rcS.

    sudo gedit /etc/default/rcS

  3. Cari bahagian UTC=yes dan ubahkan kepada UTC=no. Simpan (save) fail berkenaan dan reboot/restart komputer.

0 ulasan:

Catat Ulasan