Sabtu, Mac 06, 2010

Mengembalikan Menu GRUB Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

GRUB (GRand Unified Bootloader) merupakan pengurus boot (boot manager) yang dipasang pada MBR (master boot record). Setiap kali komputer dihidupkan, GRUB adalah hal yang mula-mula dibuka sebelum memasuki ke sistem sesebuah komputer berkenaan. Padanya dipaparkan senarai pilihan menu berkaitan dengan sistem Ubuntu yang digunakan. Selain itu, dengan adanya menu GRUB ini juga, membolehkan pengguna yang memasang Ubuntu secara dual boot dengan Window$ memilih samada memasuki/menggunakan Ubuntu ataupun Window$.

Bagi setiap pengguna dual boot sitem Ubuntu dengan Window$ pasti akan pernah berdepan dengan masalah kehilangan menu GRUB ketika boot. Akibatnya mereka tidak dapat memasuki ke sistem Ubuntu atas sebab komputer hanya akan terus memasuki sistem Window$ sahaja.

Keadaan ini biasanya akan terjadi apabila melakukan pemasangan semula (reinstall) Window$ atas sebab tertentu. Selain itu ianya juga akan berlaku apabila meningkat taraf Window$ ke versi terbaharu.

Macamanakah cara mengatasi masalah ini? Untuk tujuan tersebut, sila ikuti langkah di bawah. Penyelasaian ini adalah bagi pengguna yang memasang Ubuntu 9.10 sahaja (menggunakan GRUB2).
  1. Boot/restart komputer dengan menggunakan Live CD Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

  2. Apabila ditayangkan pilihan menu untuk pemasangan Ubuntu, pilih "Try Ubuntu without any change to current system".

  3. Semasa dalam live session Ubuntu, mount partisi Ubuntu biskita melalui menu Places (contoh gambar bawah)


  4. Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal). Taipkan arahan di bawah untuk mengetahui ringkasan kenyataan partisi yang biskita mount tadi.

    mount | tail -1

    Selepas menekan enter, akan dipaparkan seumpama contoh di bawah;

    /dev/sda2 on /media/fe549656-7f0b-4bfd-8186-6b1ffa2d9de5 type ext4
    (rw,nosuid,nodev,uhelper=devkit) --recheck

    Nota: sda2, fe549656-7f0b-4bfd-8186-6b1ffa2d9de5, ext4 adalah sebagai contoh sahaja, ianya tertakluk kepada partisi Ubuntu biskita.

  5. Untuk memastikan partisi berkenaan adalah sistem boot Ubuntu, taipkan arahan di bawah.

    ls /media/fe549656-7f0b-4bfd-8186-6b1ffa2d9de5/boot

    Selepas menekan enter, akan dipaparkan seumpama contoh di bawah;
    config-2.6.18-3-686      initrd.img-2.6.18-3-686.bak  System.map-2.6.18-3-686
    grub lost+found vmlinuz-2.6.18-3-686
    initrd.img-2.6.18-3-686 memtest86+.bin
    Jika biskita mendapati paparan yang ditayangkan kurang menyamai seumpama di atas, unmount partisi berkenaan dan ulangi proses bagi memilih partisi lain.

  6. Melakukan instalasi GRUB2, iaitu dengan menaipkan arahan di bawah.

    sudo grub-install --root-directory=/media/fe549656-7f0b-4bfd-8186-6b1ffa2d9de5 /dev/sda

    Sekiranya terdapat amaran BIOS, cuba taipkan arahan di bawah

    sudo grub-install --root-directory=/media/fe549656-7f0b-4bfd-8186-6b1ffa2d9de5 /dev/sda --recheck

  7. Selepas menekan enter dan jika semuanya berjalan lancar, maka akan dipaparkan seumpama di bawah;
    Installation finished. No error reported.
    This is the contents of the device map /boot/grub/device.map.
    Check if this is correct or not. If any of the lines is incorrect,
    fix it and re-run the script `grub-install'.
    (hd0) /dev/sda
  8. Reboot/restart komputer. Jika didapati menu GRUB hanya memaparkan senarai pilihan Ubuntu sahaja, teruskan untuk memasuki sistem Ubuntu. Kemudian lakukan langkah di bawah selanjutnya;

    a) Buka terminal melalui menu Aplications > Accessories > Terminal. Taipkan arahan sudo update-grub

    b) Reboot/restart komputer, insya Allah Window$ akan disenaraikan dalam menu GRUB beserta dengan Ubuntu.

0 ulasan:

Catat Ulasan