Sabtu, Mac 20, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Beta 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini 19 Mac 2010 (20 Mac 2010 - Brunei) Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Beta 1 telah dirilis. Ubuntu 10.04 merupakan versi LTS (Long Terms Support) ke tiga selepas Ubuntu 8.04 Hardy Heron dan Ubuntu 6.06 Dapper Drake. Versi LTS akan dikeluarkan dan dilancarkan setiap dua tahun sekali dan insya Allah rilis penuh Ubuntu 10.04 akan dilancarkan pada 29 April 2010 akan datang. Setiap keluaran versi LTS mendapat sokongan pengemaskinian (update) keselamatan dan kesetabilan untuk tempoh 3 tahun bagi desktop/laptop dan 5 tahun bagi komputer pelayan (server).

Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat pada rilis Beta 1 bagi Ubuntu 10.04 ini, adalah;
  1. Penggunaan pakej kernal linux yang berasaskan 2.6.32.9 telah dikemaskini serta ditingkatkan ke versi 2.6.32-16.25.
  2. Persekitaran atas meja komputer (desktop) telah ditingkat dan dikuasakan dengan GNOME 2.30 RC (2.29.92).
  3. Seperti yang semua sedia maklum, pada versi terbaharu Ubuntu 10.04 ini, pembangunnya telah membuat perubahan dan pembaharuan penuh pada segi penampilannya. Perubahan berkenaan termasuklah pada themes, logo, font, juga boot splash.
  4. Tema ikon Humanity telah dikemaskini dan diperbaharui bersesuaian dengan tema baru GTK2 terutama pada ikon desktop.
  5. Pada keluaran Ubuntu 10.04 ini juga, akan menggunakan enjin pencarian Yahoo sebagai default homepage bagi pelayar web Mozilla Firefox yang digunakan. Walau macamana pun bagi yang masih berkehendak untuk mengguna Google sebagai default enjin pencariannya, ianya boleh diubah hanya dengan memilihnya melalui bar pencarian (Search Bar) yang disediakan.
Sumbar diperolehi dari review yang dibuat oleh Softpedia.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 10.04:
  • 10 Disember 2009 - Alpha 1 release
  • 14 January 2010 - Alpha 2 release
  • 25 February 2010 - Alpha 3 release
  • 18 Mac 2010 - Beta Release 1
  • 8 April 2010 - Beta Release 2
  • 22 April 2010 - Release Candidate
  • 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)

0 ulasan:

Catat Ulasan