Rabu, Mac 10, 2010

Mengatasi Masalah Koneksi Wayarles Yang Terputus Berulang Kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya telah didatangi oleh rakan pengguna Ubuntu 9.10 untuk sama-sama menyelasaikan masalah koneksi wayarles laptop beliau; Yang mana signal koneksi penyambungan ke internet adalah rendah/lemah dan untuk beberapa ketika ianya akan terputus kemudian tersambung semula. Keadaan tersebut berulang beberapa kali sehinggalah langsung tidak boleh dihubungkan kembali ke internet dan akhirnya terpaksa reboot/restart laptop berkenaan bagi mendapatkan penyambungan semula.
Laptop: Acer Aspire 4540 - AMD Turion II X2 M520
Network Controller: Atheros Communications Inc. AR928X Wireless Network Adapter (PCI-Express) (rev 01)
Alhamdulillah, setelah membuat selidikan dan mencari sumbar bantuan melalui beberapa ruangan forum, telah ditemui cara penyelasainnya sepertimana dikongsikan di bawah; yang munkin dapat membantu dan dicuba oleh rakan pengguna lain yang menghadapi permasalahan yang serupa.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasang pakej-pakej di bawah melalui Synaptic Package Manager.
  1. linux-backports-modules-2.6.31-20-generic
  2. linux-backports-modules-karmic
  3. linux-backports-modules-karmic-generic
  4. linux-backports-modules-wireless-karmic-generic
Setelah selesai pemasangan pakej berkenaan, reboot/restart laptop. Insya Allah ianya bukan sahaja akan dapat menyelasaikan masalah berkenaan tetapi juga signal koneksi wayarles akan meninggkat dan stabil serta penggunaan internet juga akan bertambah cepat/laju berbanding sebelumnya.

Tips: Untuk mengetahui jenis Wireless Network Card / Chipset yang biskita gunakan, sila taipkan arahan lspci melalui Terminal. Jika biskita menggunakan jenis usb wireless device taipkan arahan lsusb dan jika menggunakan jenis pcmcia wireless card, taipkan arahan lspcmcia.

1 ulasan:

rohim berkata...

makasih banget massssss q mengalami permasalahan ter sebut
sangat membantu

Catat Ulasan