Rabu, Jun 22, 2011

Meningkat Taraf Mozilla FireFox Ke Versi 5.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang sudah sama-sama diketahui, Mozilla FireFox versi 5.0 telah pun dilepaskan beberapa hari lepas.

Walaupun begitu, bagi pengguna Ubuntu yang sedang menggunakan versi 4.x tidak akan terus ditingkat taraf secara automatik ke versi terbaharu berkenaan sehingga ke beberapa hari akan datang. Oleh hal demikian, bagi yang terasa tidak sabar untuk menggunakannya bolehlah meningkat taraf ke versi 5.0 tersebut dengan menggunakan teks arahan di bawah melalui Terminal.
  • sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-security/ppa
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get upgrade

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

1 ulasan:

NTSys berkata...

Dimaklumkan Firefox 5.0 telah pun dimuatkan ke dalam PPA Firefox Stable pada hari ini. Oleh hal tersebut bagi pengguna Ubuntu 10.04 & 10.10 bolehlah meningkat taraf ke versi Firefox 5.0 dengan menggunakan teks arahan di bawah pada Terminal;

- sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-stable
- sudo apt-get update
- sudo apt-get upgrade

Bagi pengguna yg sudah tersedia menggunakan PPA berkenaan, hanya perlu melaksanakan arahan di bawah pada Terminal untuk meningkat taraf; atau dengan melaksanakan pengemaskinian melalui Update manager.

- sudo apt-get update
- sudo apt-get upgrade

Untuk pengguna Ubuntu 11.04, tidaklah perlu untuk menambah apa-apa repositori. Pengguna hanya perlu melaksanakan pengemaskinian sistem sahaja, samada melalui terminal ataupunn menggunakan Update Manager.

Catat Ulasan