Ahad, Jun 05, 2011

Alarm Clock - Perisian Penggera Peringatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alarm Clock adalah antara perisian peringatan/reminder yang mudah dan ringkas untuk digunakan. Selain mengeluarkan bunyi penggera/alarm, ianya juga akan memaparkan mesej timbul/pop-up message sebagai peringatan kepada pengguna mengenai sesuatu perkara yang telah diset pada Alarm Clock berkenaan.

Untuk mempergunakannya pada sistem Ubuntu, sila ikuti cara dan langkah di bawah;

Melalui Terminal, taipkan atau salin dan tampal teks arahan di bawah;
  • sudo add-apt-repository ppa:joh/ppa
    bertujuan menambah repo dan seterusnya mengimport kekunci GPG bagi Alarm Clock.

  • sudo apt-get update
    bertujuan untuk membuat semakan dan mendapatkan pengemaskinian selepas menambah repo.

  • sudo apt-get install alarm-clock-applet
    bertujuan memasang Alarm Clock ke dalam Ubuntu.

Ringkasan menggunakan Alarm Clock;

Alarm Clock boleh dibuka melalui Unity Dash dengan menaipkan Alarm Clock pada kotak carian yang tersedia. Atau dengan menklik butang kanan tetikus pada ikon Application di Unity Launcer, kemudian pilih Accessories dan seterusnnya klik ikon Alarm Clock untuk menjalankannya (contoh imej di bawah);

   ->   

Bagi pengguna Ubuntu 10.04 (LTS) dan 10.10, Alarm Clock boleh dibuka melalui menu Applications > Accessories > Alarm Clock.



Setelah Alarm Clock dibuka dan dilancarkan, klik butang New Alarm (contoh imej di atas) untuk membuka tetingkap Edit Alarm (contoh imej di bawah) bagi tujuan menset ataupun membuat penggera/alarm.



Keterangan ringkas paparan tetingkap Edit Alarm berpandukan contoh imej di atas;
  1. Ruangan Name: taipkan nama bagi penggera yang diset.
  2. Ruangan Time: isikan ketetapan jam untuk penggera berkenaan dibunyikan.
  3. Ruangan Repeat Once: jika biskita mengkehendaki penggera berkenaan diulang pada hari yang lain, tik kotak nama hari yang dikehendaki.
  4. Ruangan Alert: pilih bunyi yang disediakan untuk digunakan.
  5. Selain itu, biskita juga boleh menjalankan/membuka perisian pemain musik yang terpasang pada sistem Ubuntu biskita dengan memilih Start Application bagi menggantikan bunyi yang disediakan pada ruangan Alert.
  6. Klik butang Timer untuk tujuan membuat/menset pemasa.
Setelah selesai biskita membuat penetapan, klik butang Close.

Penggera yang telah biskita buat akan disimpan dan disenaraikan pada tetingkap Alarm Clock sepertimana contoh imej di bawah;



Keterangan paparan tetingkap Alarm Clock berpandukan contoh imej di atas;
  1. Klik butang Enable/disable the selected alarm atau tik kotak pilihan yang terdapat pada nama penggera yang disenaraikan untuk tujuan mengaktifkannya.
  2. Untuk menambah penggera, klik butang New alarm.
  3. Bagi mengedit penggera yang ada, klik butang Edit the selected alarm.
  4. Untuk membuang penggera yang ada, klik butang Delete the selected alarm.
Tutup tetingkap Alarm Clock apabila biskita selesai berurusan dengannya.

Penunjuk/indicators Alarm Clock akan dipaparkan pada Panel atas desktop Ubuntu (cotoh imej di bawah) menunjukkan bahawa Alarm Clock sedang berjalan/aktif. Untuk membuka tetingkap Alarm Clock bagi tujuan pengeditan, klik ikon penunjuk Alarm Clock tersebut. Atau klik butang kanan tetikus pada ikon penunjuk Alarm Clock bagi menayangkan menu yang ada.




Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan