Sabtu, Jun 18, 2011

Pemecut Muat Turun ProZilla

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ProZilla adalah aplikasi pemecut muat turun (Download Accelerator) yang digunakan melalui Terminal. Ianya sebuah aplikasi bersaiz kecil yang berkeupayaan mempercepat proses muat turun sehingga tiga kali ganda (tertakluk kepada kelajuan talian internet biskita).

Walaupun direka untuk diperguna melalui Terminal, namun ProZilla boleh diintegrasi dengan pelayar sesawang Mozilla Firefox.

Untuk memasang dan menggunakan ProZilla pada Ubuntu 10.04 (LTS) atau 11.04, sila ikuti cara dan langkah di bawah;

Melalui Terminal, taipkan atau salin dan tampal teks arahan di bawah;
  • sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net
    bertujuan menambah repo dan seterusnya mengimport kekunci GPG bagi ProZilla.

    Nota: Apabila dipaparkan pada skrin terminal seumpama [sudo] password for your_username: taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan.

  • sudo apt-get update
    bertujuan untuk membuat pengemaskinian selepas menambah repo.

  • sudo apt-get install prozilla
    bertujuan memasang ProZilla ke dalam Ubuntu.

Ringkasan Menggunakan ProZilla Pada Terminal;

Taipkan teks arahan di bawah untuk menjalankan ProZilla dan seterusnya memuat turun fail yang dikehendaki;
  • proz -r http://url_muat_turun/nama_fail
    Gantikan http://url_muat_turun/nama_fail dengan alamat URL dan nama penuh fail yang hendak dimuat turun berkenaan.
Untuk memberhentikan proses muat turun yang sedang berjalan, gunakan gabungan kekunci Ctrl dan C. Untuk menyambung/meneruskan semula, taipkan kembali arahan proz -r http://url_muat_turun/nama_fail. Selepas biskita menekan kekunci Enter, akan dipaparkan menu pilihan overwrite, resume, atau abort.

Selain menggunakan teks arahan sepertimana di atas, biskita juga boleh menggunakan gabungan beberapa pilihan/options untuk dilaksanakan oleh ProZilla, antaranya sepertimana contoh di bawah;
  • -r
    bagi membolehkan muat turun disambung/diteruskan semula jika sambungan internet terganggu. Contoh sepertimana yang digunakan di atas, proz -r.
  • -k=n
    untuk menentukan jumlah sambungan muat turun. Contohnya -k=10 bermaksud 10 sambungan muat turun. (secara lalai adalah 4 sambungan)
  • -max-bps=n
    digunakan bagi menghadkan penggunaan bandwidth. Contohnya -max-bps=40000 bermaksud menghadkan kepada 40KB/s. (secara lalai ianya Unlimited)
Contoh teks arahan proz yang mengabungankan/menggunakan beberapa pilihan;
  • proz -r -k=10 -max-bps=40000 http://url_muat_turun/nama_fail
Keterangan lanjut menggunakan pilihan yang boleh digunakan pada ProZilla boleh dirujuk di ManPages melalui Terminal dengan manaipkan teks arahan man proz


Mengintegrasikan ProZilla Dengan Mozilla Firefox;
  1. Buka/jalankan pelayar seawang Firefox dan tambahkan Addon FlashGot pada padanya. Untuk tujuan tersebut, sila klik di sini dan selepas itu klik butang Add to Firefox yang disediakan. Ikuti segala arahan yang dipaparkan sehingga selesai pemasangannya dan Firefox di mula semula.

  2. Untuk menkonfigurasi FlashGot; buka FlashGot Options melalui menu aplikasi Firefox (Tools > FlashGot > More Options).



    Pada tetingkap FlashGot Options (contoh imej di bawah), di tab General, pastikan biskita memilih ProZilla pada ruangan Download Manager. Setelah selesai klik butang OK.


  3. Mulai dari itu, apabila dipaparkan tetingkap pilihan "Opeaning nama_fail" (contoh imej di bawah) pada setiap kali biskita menklik pautan muat turun fail/aplikasi di pelayar sesawang Firefox; Pada ruangan What should FireFox do with this file? pilih FlashGot kemudian pilih ProZilla; Klik butang OK untuk meneruskan.



    Akan dipaparkan tetingkap sepertimana di bawah, untuk biskita menentukan di mana fail berkenaan akan disimpan.





    Klik butang OK untuk meneruskan. Seterusnya tetingkap seumpama contoh imej di bawah akan dipaparkan yang menandakan fail tersebut dimuat turun menggunakan ProZilla. Tunggu sehingga selesai atau jika ingin memberhentikan muat turun, tekan kekunci Ctrl + C.



Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan