Selasa, Jun 07, 2011

TuxCut Pemotong Sambungan Rangkaian Untuk Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TuxCut adalah aplikasi yang digunakan sebagai alat untuk memotong/memutuskan sambungan rangkaian/network ke atas mana-mana komputer yang berhubung pada rangkaian yang sama. Selain itu, dengannya juga akan dapat melindungi komputer pengguna dari diserang oleh pengguna lain yang menggunakan alatan seumpamanya. TuxCut berfungsi sepertimana juga NetCut yang dibangunkan untuk Window$.

Untuk menggunakan TuxCut pada Ubuntu, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Terlebih dahulu pastikan pakej arp-scan, iproute, dsniff dan arptables dipasang pada sistem Ubuntu biskita. Untuk memasangnya, taipkan atau salin dan tampal teks arahan di bawah melalui Terminal;

    • sudo apt-get install arp-scan
    • sudo apt-get install iproute
    • sudo apt-get install dsniff
    • sudo apt-get install arptables

      Nota: Apabila dipaparkan pada skrin terminal seumpama [sudo] password for your_username: taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan.

    Setelah selesai, tutup terminal.

  2. Bagi pengguna Ubuntu 11.04, muat turun fail TuxCut-3.2_all.deb dan untuk pengguna Ubuntu 10.04 (LTS) biskita boleh memuat turun samada TuxCut-3.2_all.deb atau TuxCut-3.1_all.deb. Ikuti langkah seterusnya sepertimana di bawah (contoh pemasangan ke dalam Ubuntu 11.04);

    • Jika dipaparkan tetingkap Opening TuxCut-3.2_all.deb (contoh imej di bawah), pilih "Open with - Browse" kemudian klik butang OK.



      Secara lalai/default Ubuntu menggunakan GDebi Package Installer untuk membuka pakej .deb yang kemudiannya akan dimuatkan pada Ubuntu Software Center bagi langkah pemasangan seterusnya.

    • Sebaik sahaja selesai dimuat turun, Ubuntu Software Center akan dibuka secara automatik dan TuxCut akan disenaraikan padanya (contoh imej di bawah). Klik butang Install untuk meneruskan pemasangan TuxCut.


    • Sebelum Ubuntu dapat memasanganya, tetingkap Authenticate akan dipaparkan, taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan.


    • Semasa dalam proses pemasangan TuxCut, jika dipaparkan tetingkap This package is of bad quality (contoh imej di bawah), teruskan dengan menklik butang Ignore and Install, hanya jika biskita bersetuju dan sanggup mengambil riskio.



      Nota: Walaupun terdapat amaran "This package is of bad quality", TuxCut tetap masih boleh berfungsi pada Ubuntu 11.04. Namun begitu, sebarang risiko permasalah pada sistem Ubuntu adalah tanggunajawab pengguna sendiri.

      Bagi pengguna Ubuntu 10.04 (LTS), pemasangan pakej TuxCut akan berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah sepertimana pada Ubuntu 11.04.

    • Setelah selesai pemasangan TuxCut dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Ubuntu Software Center.

Ringkasan penggunaan TuxCut
  1. TuxCut boleh dibuka melalui Unity Dash dengan menaipkan TuxCut pada kotak carian yang tersedia. Atau dengan menklik butang kanan tetikus pada ikon Application di Unity Launcer, kemudian pilih Accessories dan seterusnnya klik ikon TuxCut untuk menjalankannya (contoh imej di bawah);

  2.    ->   

    Bagi pengguna Ubuntu 10.04 (LTS), TuxCut boleh dibuka melalui menu Applications > Accessories > TuxCut.

    Sebelum TuxCut dapat dibuka/dijalankan, tetingkap Administrative Task akan dipaparkan (contoh imej di bawah). Taipkan kata laluan biskita pada kotak Password dan klik butang OK untuk meneruskan.





  3. Keterangan ringkas paparan tetingkap antaramuka/interface TuxCut berpandukan contoh imej di atas;

    1. Butang Scan: berfungsi bagi mengimbas komputer/alamat IP yang berhubung pada rangkaian yang digunakan. Keputusan imbasan iaitu alamat IP beserta dengan alamat MAC komputer berkenaan akan disenaraikan pada ruangan di sebelah kiri
    2. Butang Cut: digunakan untuk memutuskan sambungan rangkaian bagi komputer yang dikehendaki.
    3. Resume: digunakan untuk menyambungkan semula komputer yang diputuskan ke rangkaian yang digunakan.
    4. Kotak pilihan Protect Me: klik kotak pilihan berkenaan untuk memberikan perlindungan kepada sambungan komputer biskita.
    5. Change MAC: digunakan untuk menukar alamat MAC komputer biskita.
    6. Butang Hide: digunakan untuk meminimumkan/menyembunyikan tetingkap NetCut ke Panel Ubuntu.

    Klik butang Hide apabila biskita selesai berurusan dengannya.

    Penunjuk/indicators TuxCut akan dipaparkan pada Panel atas desktop Ubuntu (cotoh imej di bawah) menunjukkan bahawa TuxCut sedang berjalan/aktif. Untuk membuka tetingkap TuxCut, klik butang kanan tetikus pada ikon penunjuk TuxCut bagi menayangkan menu yang ada.



Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan