Khamis, Jun 09, 2011

Cara Menambah Repositori Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam pemasangan perisian/aplikasi sumber terbuka pada sistem Ubuntu, ada ketikanya diperlukan untuk menambah Repositori/Repository menggunakan PPA (Personal Package Archive) pembangun perisian berkenaan ke dalam fail sources.list Ubuntu. Penambahan ini dengan mudah dapat dilaksanakan samada melalui alatan Software Sources ataupun Terminal.

Untuk menambah repositori menggunakan alatan Software Sources, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka Ubuntu Software Center melalui Unity Launcher.


  2. Gerakkan tetikus pada Panel atas bagi menayangkan menu aplikasi Ubuntu Software Center. Melalui menu Edit pilih Software Sources untuk membuka/melancarkannya.


  3. Sebelum biskita dapat memasukinya, akan dipaparkan tetingkap Administrative Task. Taipkan kata laluan biskita pada kotak Password dan klik butang OK sebagai pengesahan.




  4. Pada tetingkap Software Sources (contoh imej di atas), klik tab Other Software. Untuk menambah repositori, klik butang Add dan taipkan teks/baris lengkap APT (Advanced Package Tool) bagi repositori berkenaan pada kotak APT Line, kemudian klik butang Add Source.


  5. Ubuntu Software Center akan melaksanakan pengemaskinian senarai pakej juga aplikasi yang boleh diperolehi melaluinya. Setelas selesai, biskita boleh melakukan pemasangan aplikasi yang dikehendaki melaluinya.


  6. Nota: Software Sources juga boleh dibuka daripada alatan Synaptic Package Manager; iaitu melalui dari bar menu Synaptic Package Manager, pilih setting dan seterusnya pilih Repositories bagi membuka/melancarkan Software Sources.


Menambah repositori melalui Terminal;

Menggunakan Terminal untuk melaksanakan perintah/arahan tertentu adalah cara yang paling ringkas dan cepat. Setiap pengguna Ubuntu perlu membiasakan untuk mempergunakannya. Pengguna tidak semestinya perlu menghafal teks arahan yang hendak digunakan, ianya dapat disalin dan tampal dalam Termilal.

Antara contoh teks arahan yang digunakan untuk menambah repositori pada fail sources.list melalui Terminal adalah;

Contoh 1:
  • sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
Contoh 2:
  • echo "deb http://deb.torproject.org/torproject.org natty main" | sudo tee -a /etc/apt/sources.list
Contoh 3:
  • sudo gedit /etc/apt/sources.list

    Gunakan arahan di atas untuk membuka fail sources.list dengan teks editor gedit bagi menambah repositori secara manual.

Menyenaraikan Software Sources ke dalam kumpulan menu System pada Ubuntu 11.04

Bermula pada Ubuntu 10.10, alatan Software Sources tidak lagi secara lalai/default disenaraikan dalam kumpulan menu System. Walaupun begitu, ianya masih boleh disenaraikan semula dengan cara dan langkah sepetimana di bawah;
  1. Buka/lancarkan Main Menu melalui Unity Dash (klik logo Ubuntu di sebelah kiri Panal atas Ubuntu). Taipkan Main Menu dalam kotak carian dan tekan kekunci Enter. Seterusnya klik ikon Main Menu yang ada disenaraikan



    Atau; klik butang Shutdown pada Panel atas Ubuntu, dan pilih System Setting untuk melancarkannya.



    Pada kumpulan Personal, klik Main Menu.


  2. Apabila dipaparkan tetingkap Main Menu; pada ruangan Menu di sebelah kiri, skrol/tatal ke bawah (scroll down) dan klik Administration, selepas itu tik kotak pilihan Software Sources pada ruangan Item di sebelah kanan. Setelah selesai, tutup tetingkap Main Menu.


  3. Software Sources akan disenaraikan pada kumpulan menu System.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan