Rabu, Jun 15, 2011

Ulang Tahun Ke 2 Blog Ubuntu Brunei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah hari ini 15 Jun 2011 adalah ulang tahun ke dua Blog Ubuntu Brunei. Semogalah Blog ini akan dapat berterusan memberikan sedikit sumbangan dan dengan pengharapan akan semakin ramai orang-orang kitani untuk mencuba dan mempergunakan Ubuntu sebagai alternatif kepada sistem pengoperasian komputer komersial.

Walaupun matlamat dan harapan serta target Ubuntu Brunei masih lagi jauh
untuk tercapai, namun semua itu tidak melemahkan semangat untuk terus memperkenalkan sistem Ubuntu khususnya kepada orang-orang kitani di Brunei. Pihak kami tetap berkeyakinan bahawa pertambahan pengguna Ubuntu di Brunei akan terus meninggkat walaupun berlaku secara perlahan.

Melihat kepada perkembangan penerimaan orang-orang kitani, secara umumnya Ubuntu masih sukar untuk diterima pakai sebagai alternatif kepada sistem pengoperasian komersial terutamanya Window$. Realiti bagi pengguna yang sudah lama dan mahir mempergunakan Window$, hanya akan memandang sebelah mata sahaja pada sistem operasi lain. Apatah lagi dengan kekurangan dari pihak swasta juga kerajaan untuk sama-sama mempromosi serta memberikan pendedahan perisian sumber terbuka, adalah antara penyumbang kenapa Ubuntu agak kurang diterima oleh orang-orang kitani Brunei. Lebih malang lagi apabila tersalah tafsiran akan maksud kepercumaan Ubuntu juga perisian sumber terbuka lainya, mengakibatkan ada yang menganggapnya sebagai perisian kategori murahan. Hakikatnya masih ramai yang kurang memahami maksud sebenar perisian bebas dan percuma serta apakah kelebihan dan keistemewaannya. Akibatnya ramai pengguna perisian komersial akan tetap berterusan dibelenggu dan dikawal secara nyata kebebasannya dalam dunia perkomputeran. Semogalah keadaan seumpama ini akan dapat diubah dan kesedaran mengenainya dapat diselami.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan