Khamis, Oktober 29, 2009

Pelepasan Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Akhirnya sepertimana yang telah dijanjikan oleh Canonical Ltd, hari ini 29 Oktober 2009 merupakan hari pelepasan sistem pengoperasian komputer yang berasaskan Linux iaitu Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala. Banyak pembaharuan dan penambahbaikkan pada versi terbaharu kali ini berbanding dengan versi sebelumnya. Ubuntu walaupun masih lagi diusia muda berbanding dengan Sistem Pengoperasian lain, ternyata ianya kini telah terbukti berdiri sama tinggi malahan menjadi pencabar utama dan pilihan alternatif popular kepada Sistem Pengoperasian Komputer Komersial yang sudah lama bertapak dan memonopoli market share kepenggunaannya.

Ubuntu 9.10 Karmic Koala bukan sahaja sebagai sistem pengoperasian komputer percuma malahan padanya disertakan pelbagai aplikasi percuma sumbar terbuka seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian, grafik, pemain muzik & video dan alat-alat pengaturcaraan. Di samping itu, tersedia ratusan senarai aplikasi alternatif percuma lain bagi menggantikan perisian berbayar yang sedia ada, biskita hanya perlu menekan butang muat turun sahaja dan secara automatik perisian-perisian yang dikehendaki akan dipasang pada komputer biskita.

0 ulasan:

Catat Ulasan