Pada 29 Oktober 2009 (Khamis) kira-kira jam 10 malam waktu Brunei, laman web rasmi Ubuntu telah melancarkan fail-fail .iso bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala untuk dimuat turun secara percuma oleh pengguna dan peminat Ubuntu diserata dunia. Alhamdulillah UbuntuBrunei juga tidak ketinggalan untuk memuat turun beberapa fail-fail iso berkenaan dan telah sempurna disalin ke dalam CD untuk diagih-agihkan kepada yang berminat untuk menggunakannya.
Di bawah, disenaraikan distro Ubuntu 9.10 Karmic Koala (32-bit version) yang telah tersedia dalam bentuk CD:-
- Ubuntu 9.10 (Live CD)
- Ubuntu 9.10 (Alternate CD)
- Ubuntu 9.10 Server Edition
- Ubuntu 9.10 Netbook Remix
- Xubuntu 9.10 (Live CD)
- Xubuntu 9.10 (Alternate CD)
Kepada yang berminat untuk mendapatkan CD berkenaan sila hubungi
ubuntubrunei(at)
linuxmail(dot)
org atau biskita boleh memuat turunnya secara percuma di
http://www.ubuntu.com/getubuntu/
0 ulasan:
Catat Ulasan