Ahad, Mei 29, 2011

Filem Dokumentari Revolusi OS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Revolusi OS arahan J.T.S Moore adalah sebuah filem dokumentari berbahasa Inggeris yang mengimbas sejarah dua puluh tahun GNU, Linux, sumber terbuka, dan pergerakan perisian bebas. Di samping itu juga memaparkan wawancara dengan penggodam dan usahawan termuka termasuk Richard Stallman, Michael Tiemann, Linus Torvalds,Larry Augustin, Eric S. Raymond, Bruce Perens, Frank Hecker

Sabtu, Mei 28, 2011

Majalah Full Ciricle Keluaran 49

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Majalah Full Circle keluaran ke-49 telah pun dikeluarkan dan sedia untuk dimuat turun secara percuma. Sila klik di sini untuk mendapatkannya.

Antara kandungan yang dimuatkan pada keluarannya kali ini adalah;

Namebench

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melayari internet adalah sesuatu yang menjadi kemestian bagi ramai pengguna komputer sekarang. Tanpanya mungkin saja ada antara pengguna tidak dapat duduk diam dan merasa kekurangan serta kehilangan sesuatu dalam rutin harian mereka.

Walaupun kemudahan penyambungan talian internet begitu mudah dan senang untuk diperolehi, tapi apa yang sering menjadi rungutan dan dipertikai adalah ehwal kecepatan/kelajuan talian internet berkenaan. Banyak usaha dan cubaan yang dilakukan pengguna bagi mempercepatkan talian internet yang mereka gunakan, samada melalui perisian mahupun peralatan tertentu.

Di sini dikongsikan antara alatan/tool yang mungkin dapat membantu dalam

Selasa, Mei 24, 2011

Majalah Sumbu Edisi Ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Majalah Sumbu edisi ke-3 terbitan JomLinux Malaysia telah pun dikeluarkan pada hari ini 24 Mei 2011.

Antara yang dimuatkan pada keluaran kali ini adalah;

Sabtu, Mei 21, 2011

UltraSurf

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entri kali ini dikongsikan cara pemasangan UltraSurf iaitu sebuah aplikasi yang dengannya membolehkan pengguna internet melepasi sekatan Proxy yang diset pada Firewall. Keterangan lanjut mengenainya boleh biskita perolehi pada laman sesawang UltraSurf di http://www.ultrareach.com/.

Walaupun UltraSurf dibangunkan untuk digunakan dalam Window$, namun ianya juga dapat digunakan pada Ubuntu samada versi 10.04, 10.10 & 11.04. Untuk tujuan tersebut, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Pasang terlebih dahulu Wine ke dalam Ubuntu.

  2. Muat turun fail mfc42.zip dan msvcp60.zip di http://www.dll-files.com/. Ekstrak fail berkenaan kemudian salin fail mfc42.dll dan msvcp60.dll ke folder