Ahad, Jun 21, 2009

Paparan Asas Ubuntu


Jika diperhatikan, paparan desktop Ubuntu ada kemiripan dan tidak jauh berbeza dengan Windows. Kerana itu lah juga Ubuntu bukanlah sesuatu yang susah untuk digunakan dan dipelajari oleh pengguna Windows.

Secara default Ubuntu mempunyai dua desktop panel iaitu atas dan bawah. Seperti taskbar di dalam Windows, desktop panel berfungsi bagi meletakkan beberapa petunjuk, shortcut dan menu sistem. Jumlah atau bilangan desktop panel ini boleh ditambah atau dikurangkan dengan mudah bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna.

Show/Hide desktop merupakan butang yang berfungsi bagi me minimize kesemua tetingkap aplikasi yang dibuka ataupun me restore semula ke ruang desktop.

Penunjuk workspace merupakan ciri Ubuntu yang sangat moden mengatasi ciri Windows. Workspace berfungsi untuk menambah ruang desktop, menjana Desktop Cube dan bagi kemudahan pengguna mengasingkan ruang kerja kepada beberapa bahagian mengikut selera dan kehendak masing-masing.

Jika pada Windows pengguna terbiasa dengan Recycle Bin, di Ubuntu pula ianya dinamakan Trash iaitu tempat fail-fail dibuang (delete).

Sepertimana pada sistem operasi Windows, pengguna Ubuntu boleh meletakkan shortcut bagi aplikasi tertentu samada pada desktop mahupun pada panel dengan hanya perlu drag & drop sahaja.

Gambar wallpaper boleh diubah dengan mudah hanya dengan right-click dan pilih Change Desktop Background.

Pada panel System Tray menyenaraikan jam & tarikh serta aplikasi yang sedang berjalan bersama sistem Ubuntu, seperti Network Connection, Sound Controller dan seumpamanya.

Di ruang panel yang memaparkan nama pengguna dan juga butang keluar berfungsi sebagai shortcut button bagi kemudahan pengguna untuk log out ataupun shut down Ubuntu.

Banyak lagi fungsi yang hampir sama dengan windows yang terdapat dalam Ubuntu. Terokailah sendiri dan anda akan mengetahui lebih dari penerangan di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan