Khamis, Jun 18, 2009

Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope

Ubuntu akan sentiasa dan berterusan mengeluarkan update versi terbaharu dan terkini setiap 6 bulan untuk digunakan oleh sesiapa sahaja secara percuma. Pada bulan April 2009 lepas Ubuntu Versi 9.04 Jaunty Jackalope (disokong sehingga Oktober 2010) telah dikeluarkan. Semantara versi terbaharu seterusnya pula ialah Ubuntu 9.10 Karmic Koala, yang akan dilancarkan pada Oktober 2009.

Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope boleh dipasang samada pada komputer desktop, laptop/notebook (edisi komputer desktop) dan juga server (edisi komputer pelayan).

Antara kelebihan dan keistemewan Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope adalah;
  • Mengambil masa yang singkat untuk masuk kedalam sistem operasi.
  • Immune dari virus, spyware, adware, worms yang menyerang sistem operasi Microsoft Windows.
  • Ribuan perisian percuma yang boleh dipasang dengan satu klik.
  • Kestabilan sistem operasi yang tinggi dan bebas dari BSOD.
  • Sebuah sistem operasi lengkap dengan perisian pejabat OpenOffice.org 3.0 dan bermacam-macam lagi.
  • Kebebasan penggunaan diatas prinsip Sumber Terbuka.
  • Ianya PERCUMA!.

0 ulasan:

Catat Ulasan