Rabu, Jun 02, 2010

Mirror Site Bagi GetDeb

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

GetDeb adalah merupakan satu kemudahan seumpama portal perisian/aplikasi bagi pengguna Ubuntu dalam memasang dan mengemaskini aplikasi yang disenaraikan padanya.

Akan tetapi sejak kebelakangan ini, tapak web GetDeb menghadapi masalah dan tidak stabil, yang menyebabkan pengemaskinian tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, apabila melakukan pengemaskinian secara manual samada melalui Update Manager mahupun Terminal akan menjadi lembab/perlahan atas sebab sumbar repository GetDeb (http://archive.getdeb.net/ubuntu lucid-getdeb apps) yang dimuatkan dalam fail sources.list tidak dapat diakses, yang akhirnya akan berlaku error dalam pengemaskinian tersebut.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, pengguna boleh menggunakan mirror site getdeb "deb http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps" dan "deb-src http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps"untuk dimuatkan dalam senarai Other Software pada alatan Software Sources.

Selasa, Jun 01, 2010

Memasang Sun Java Runtime Environment (JRE) Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Java adalah bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan Sun Microsystems bermula pada awal tahun 1995. Ianya banyak digunakan untuk mendasari teknologi bagi menambah/memberikan keupayaan dan kemampuan program-program terkini termasuk utiliti, permainan, dan bermacam lagi. Selain itu penggunaanya di laman-laman web juga sudah menjadi lumrah dan kebiasaan.

Pengguna tidak akan dapat menjalankan aplikasi berkenaan dan juga tidak dapat melayari sesebuah laman web yang menggunakan/mempunyai fungsi Java dengan sempurna, tanpa memasang Java Runtime Enviroment (JRE) terlebih dahulu. Untuk tujuan tersebut dan bagi yang berhajat memasangnya ke dalam Ubuntu 10.04, sila ikuti langkah di bawah;