Isnin, Ogos 31, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 3)

Fail Sistem Dalam Ubuntu



Sistem pengoperasian Ubuntu 9.04 mengandungi beberapa direktori/folder. Ianya dimulai dengan forward slash “/ “ yang diistilahkan atau dipanggil sebagai “root”, daripada sana akan tersenarai folder lainnya sepertimana dibawah;
  • /bin = Mengandungi program asas untuk Linux seperti cp, ls, mkdir dan sebagainya. Fail-fail yang terdapat dalam folder /bin inilah juga menjalankan sistem Ubuntu.
  • /boot = Mengandungi fail yang bersanggkutan bagi boot/menghidupkan komputer. Padanyalah juga tersimpan data Kernal dan Grub.
  • /cdrom = Merupakan device/peranti CD yang ada terpasang pada komputer.
  • /dev = Mengandungi fail-fail untuk berinteraksi dengan perkakasan komputer.
  • /etc = Menyimpan data setting mahupun konfigurasi untuk administrator komputer.
  • /home = Tersimpanya folder pengguna mengikut username yang digunakan dan padanya menyimpan data/fail-fail pengguna berkenaan.
  • /lib = Mengandungi fail-fail sokongan (software library) yang diperlukan aplikasi yang ada dalam Ubuntu.
  • /lost+found = Berfungsi sebagai backup data apabila sistem mati tiba-tiba.
  • /media = Mengandungi sub-folder device/peranti yang di mount, seperti removeable disk ataupun thumb drive atau seumpamanya. Folder untuk capaian kepada disk yang di mount.
  • /opt = Mengandungi perisian yang dipasang tidak menggunakan package manager.
  • /proc = Fail sistem maya (Virtual) yang wujud dalam RAM. Selain itu, mengandungi maklumat Kernal.
  • /root = Folder untuk pengguna root yang juga diistilahkan Super User.
  • /sbin = Sofwer yang digunakan oleh Super User (Root User) bagi penyelangaraan sistem.
  • /srv = Menyimpan data service.
  • /sys = Mengandungi driver sistem fail yang tersimpan dalam RAM
  • /usr = Mengandungi perisian yang dipasang menggunakan package manager.
  • /tmp = Menyimpan fail/folder secara sementara yang diperlukan oleh aplikasi tertentu.
  • /var = Mengandungi spooling variable seperti mail dan juga out put printer.
Pengguna Ubuntu hanya dibenarkan bekerja dalam folder home mereka dengan tanpa memerlukan kebenaran/permission (penggunaan password) samada untuk mengubah atau memadam/delete fail yang tersimpan dalamnya. Selain daripada folder home, kebenaran sebagai "Super User" adalah dikehendaki dan diperlukan. Walaupun kebiasaanya kerja-kerja yang melibatkan sebagai Super User sering dilakukan melalui terminal, tetapi ada kalanya juga ketika berada dalam ruang desktop Ubuntu, contohnya ketika melaksanakan pengemaskinian/update sistem ubuntu melalui Update Manager atau seumpamanya.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Aplikasi Encryption Untuk Ubuntu

Apadia encryption? Secara ringkas, ianya merupakan proses atau kaedah menukar/mengubah data menjadi satu kod yang menyebabkannya sukar/tidak boleh dibaca tanpa kunci pembuka. Kunci pembuka ini diistilahkan sebagai decryption. Encryption merupakan cara mudah dan murah untuk melindungi data dan fail dengan selamat.

Contoh kandungan data yang di encrypt; Jika teks yang ditaipkan dalam sesebuah dokumen itu “This is a test” (diistilahkan plaintext) apabila ianya di encrypt akan menjadi seperti “4mQR+zDmbo0++U9UFbB3L” (diistilahkan ciphertext). Jika seseorang cuba membuka ataupun mencuri data berkenaan, pasti ianya tidak memberikan apa-apa makna kepadanya.

Walaupun dalam Ubuntu mempunyai atau menyediakan kelebihan encryption keatas data/fail, pengguna juga boleh menggunakan sofwer alternatif lain untuk tujuan tersebut.

Terdapat banyak perisian encryption yang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma; dengannya membolehkan membuat encryption samada untuk sesebuah data/fail, folder mahupun hard disk, juga media/cakera mudah alih seperti external hard disk, CD / DVD, dan thumb drive.

Antara aplikasi yang boleh digunakan dalam Ubuntu adalah CryptKeeper atau TrueCrypt. Antara kedua aplikasi berkenaan, yang mudah untuk digunakan adalah CryptKeeper, tetapi untuk lebih advance lagi biskita bolehlah menggunakan TrueCrypt.

Untuk menggunakan dan memasang aplikasi berkenaan, sila sila layari website CryptKeeper di http://tom.noflag.org.uk/cryptkeeper.html atau TrueCrypt di http://www.truecrypt.org/

Khamis, Ogos 27, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 2)

Folder Home & Penamaan Fail/Folder

Dalam sistem Ubuntu 9.04, setiap pengguna akan disediakan folder khusus untuknya iaitu mengikut username yang digunakan. Pada folder tersebutlah data mahupun kerja-kerjanya disimpan. Contohnya jika pengguna tersebut menggunakan nama user1 maka sistem Ubuntu akan menyediakan folder /home/user1 untuknya, folder ini biasanya dipanggil secara ringkasnya sebagai home folder sahaja. Dalam folder /home/user1 inilah juga terdapatnya folder Documents, Music, Pictures dan Videos yang secara automatiknya juga disediakan oleh sistem Ubuntu.

Pengguna Ubuntu diberi kebebasan menggunakan folder home mereka tanpa memerlukan kebenaran/permission mahupun penggunaan password bagi mengaksesnya. Selain daripada folder home, pengguna dikehendaki memasukkan password bagi membolehkannya bekerja ataupun memasukinya. Keadaan ini nampak macam menyusahkan tetapi dengan sebab ada pengawalan inilah mengapa sistem Linux sukar dikuasai virus.

Bekerja yang melibatkan fail dan juga folder sering berkaitan dengan penamaan fail/folder. Oleh itu, Ubuntu memberi kebebasan kepada pengguna untuk memberikan nama fail/folder dengan menggunakan apa jua huruf, angka dan simbol, kecuali forward slash (/) adalah tidak dibenarkan. Selain itu, menggunakan . pada awal nama fail/folder (contoh .letter.odt) akan menjadikannya sebagai fail/folder tersembunyi (hidden file/folder).

Untuk perhatian, nama fail dan folder dalam sistem Ubuntu adalah case sensitive. Sebagai contoh fail-fail yang dinamakan letter.odt, Letter.odt, LETTER.odt, letTER.odt adalah tidak sama antara satu dengan yang lainnya. Walupun pada ejaan dan bunyi perkataan adalah sama tetapi ianya terbeza atas penggunaan huruf besar/kecil (upper/lowercase letter) pada fail-fail tersebut. Oleh itu pengguna perlu berhati-hati dalam memberikan nama bagi fail/folder mereka. Sebaiknya adalah dicadangkan agar pengguna membiasakan untuk menggunakan huruf kecil (lowercase letter) bagi nama-nama fail/folder, ini akan membantu dan mengelak berlakunya kekeliruan insya Allah.

Isnin, Ogos 24, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 1)

Pengurusan fail mahupun direktori/folder pada Ubuntu adalah berbeza dengan MS Windows. Pada Ubuntu tidak ada istilah atau penggunaan drive letter (c:\, d:\, e:\ atau seumpamanya), apa yang digunakan adalah forward slash (/) bagi menandakan kita sedang berada pada root system. Keadaan ini jika pada MS Windows bolehlah disamakan seperti c:\.

Jikalau dalam MS Windows biskita biasa dengan c:\Documents dan c:\Documents and Settings\Owner\My Documents, pada Ubuntu pula adalah /home/Owner/Documents. Pada peringkat awal keadaan seumpama ini mungkin agak janggal dan susah tetapi insya Allah setiap pengguna Ubuntu akan terbiasa dengannya nanti.

Persoalannya sekarang, jika Ubuntu tidak menggunakan drive letter maka macamana halnya untuk bekerja ataupun menggunakan CD/DVD Rom mahupun USB Memory Stick?

Pada Ubuntu setiap media/device samada CD Rom ataupun USB Memory Stick akan di "Mount" secara automatik apabila ianya digunakan dan akan di "Unmount" apabila tidak menggunakannya lagi.

Sistem Ubuntu akan menayangkan setiap media yang digunakan sebagai folder, contohnya /media/cdrom0 (untuk cd rom drive) atau /media/disk (untuk USB Memory Stick). Selain itu setiap media yang telah di mount, shortcut ikon bagi media berkenaan akan diletakkan pada desktop Ubuntu. Biskita boleh bekerja dengannya samada dengan double-click ikon media berkenaan ataupun melalui Nautilus (File Browser pada Ubuntu) bagi memasuki media berkenaan.


Contoh paparan CD-Rom yang di mount dalam Nautilus.


Contoh Shortcut Icon pada desktop bagi CD-Rom dan juga USB Memory Stick yang di mount.

Ahad, Ogos 23, 2009

Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Sepertimana yang dijanjikan oleh pembangun Ubuntu, bahawa setiap enam bulan sekali mereka akan mengeluarkan versi terbaharu. Insya Allah pada bulan Oktober 2009 akan datang Ubuntu Versi 9.10 dengan Code Name: Karmic Koala akan dilancarkan. Dibawah adalah jadual gerakan pelancaran Ubuntu 9.10:
  • May 14th, 2009 - Alpha 1 release
  • June 11th, 2009 - Alpha 2 release
  • July 23th, 2009 - Alpha 3 release
  • August 13th, 2009 - Alpha 4 release
  • September 3rd, 2009 - Alpha 5 release
  • September 17th, 2009 - Alpha 6 release
  • October 1st, 2009 - Beta release
  • October 22nd, 2009 - Release Candidate
  • October 29th, 2009 - Final release of Ubuntu 9.10
Untuk mengetahui keistemewan dan kelebihan yang ada pada Ubuntu Karmic Koala, sila baca artikel dibawah (Review oleh SOFTPEDIA)