Khamis, Ogos 27, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 2)

Folder Home & Penamaan Fail/Folder

Dalam sistem Ubuntu 9.04, setiap pengguna akan disediakan folder khusus untuknya iaitu mengikut username yang digunakan. Pada folder tersebutlah data mahupun kerja-kerjanya disimpan. Contohnya jika pengguna tersebut menggunakan nama user1 maka sistem Ubuntu akan menyediakan folder /home/user1 untuknya, folder ini biasanya dipanggil secara ringkasnya sebagai home folder sahaja. Dalam folder /home/user1 inilah juga terdapatnya folder Documents, Music, Pictures dan Videos yang secara automatiknya juga disediakan oleh sistem Ubuntu.

Pengguna Ubuntu diberi kebebasan menggunakan folder home mereka tanpa memerlukan kebenaran/permission mahupun penggunaan password bagi mengaksesnya. Selain daripada folder home, pengguna dikehendaki memasukkan password bagi membolehkannya bekerja ataupun memasukinya. Keadaan ini nampak macam menyusahkan tetapi dengan sebab ada pengawalan inilah mengapa sistem Linux sukar dikuasai virus.

Bekerja yang melibatkan fail dan juga folder sering berkaitan dengan penamaan fail/folder. Oleh itu, Ubuntu memberi kebebasan kepada pengguna untuk memberikan nama fail/folder dengan menggunakan apa jua huruf, angka dan simbol, kecuali forward slash (/) adalah tidak dibenarkan. Selain itu, menggunakan . pada awal nama fail/folder (contoh .letter.odt) akan menjadikannya sebagai fail/folder tersembunyi (hidden file/folder).

Untuk perhatian, nama fail dan folder dalam sistem Ubuntu adalah case sensitive. Sebagai contoh fail-fail yang dinamakan letter.odt, Letter.odt, LETTER.odt, letTER.odt adalah tidak sama antara satu dengan yang lainnya. Walupun pada ejaan dan bunyi perkataan adalah sama tetapi ianya terbeza atas penggunaan huruf besar/kecil (upper/lowercase letter) pada fail-fail tersebut. Oleh itu pengguna perlu berhati-hati dalam memberikan nama bagi fail/folder mereka. Sebaiknya adalah dicadangkan agar pengguna membiasakan untuk menggunakan huruf kecil (lowercase letter) bagi nama-nama fail/folder, ini akan membantu dan mengelak berlakunya kekeliruan insya Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan