Sabtu, Ogos 01, 2009

Memasang Ubuntu Menggunakan Wubi

Terdapat beberapa cara dan pilihan untuk memasang Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope dalam komputer. Samada memasangnys secara Clean Install - memasang ubuntu dan menjadikannya satu-satunya sistem pengoperasian dalam komputer, Dual Boot - memasang Ubuntu secara dual boot dengan sistem pengoperasian Windows, dan Wubi - memasang Ubuntu didalam Windows tanpa perlu menyediakan partition terlebih dahulu.

Bagi pengguna baru ataupun yang ingin mencuba Ubuntu, seringkali menghadapi kesukaran untuk melakukan instalasi Dual Boot; terutama pada proses membuat partition. Tetapi insya Allah dengan kemudahan GUI dalam membuat partition ianya tidaklah sesukar mana yang disangkakan. Insya Allah perkara ini akan diterangkan dimasa akan datang.

Untuk ketika ini, diterangkan cara memasang Ubuntu dalam komputer menggunakan Wubi. Pemasangan Ubuntu menggunakan Wubi seringkali digunapakai oleh pengguna yang ingin mencuba terlebih dahulu Ubuntu sebelum memasangnya secara Clean Install mahupun secara Dual Boot dengan sistem pengoperasian Windows. Ianya mudah dan sama seperti bagaimana biskita memasang aplikasi lain dalam Windows. Malahan, setelah pemasangannya biskita juga boleh membuang/uninstall Ubuntu dengan mudah melalui Add/Remove Applications daripada Control Panel.

Cara/Langkah melakukan Instalasi Ubuntu menggunakan Wubi;

1. Masukkan live CD Ubuntu dalam CD Drive dan secara automatik tetingkap Ubuntu CD Menu (gambar bawah) akan dipaparkan.



2. Klik butang Install Inside Windows, tetingkap Ubuntu Setup (gambar bawah) akan terpapar.



3. Pada ruangan Installation Drive (xx GB free), membolehkan untuk biskita menentukan di drive mana hendak dipasang Ubuntu. Ruang Installation Size (GB), jika biskita mempunyai ruang hard disk yang besar, biskita boleh mengubahnya mengikut kehendak yang biskita mahukan. Ruangan Desktop Enviroment, secara default adalah Ubuntu. Ruangan Language, secara default adalah English. Pada Ruangan Username, taipkan username biskita untuk digunakan dalam Ubuntu (sebaiknya gunakan small letters sahaja). Ruang Password, taipkan password biskita untuk digunakan dalam Ubunutu.

4. Setelah selasai biskita melakukan konfigurasi dan penetapan dalam tetingkap Ubuntu Setup, tekan butang Install untuk meneruskan. Tetingkap Installing Ubuntu (gambar bawah) akan dipaparkan.



5. Setelah selesai dimuat turun fail-fail sistem Ubuntu, tetingkap Completing The Ubuntu Setup Wizard (gambar bawah) akan terpapar. Klik Reboot atau I want to manually reboot later. Selesai.



6. Semasa reboot, biskita akan diberikan pilihan menu (gambar bawah) samada untuk menggunakan Windows ataupun Ubuntu. Pilih Ubuntu dan masukkan Username juga Password biskita untuk memasuki desktop Ubuntu.

0 ulasan:

Catat Ulasan