Rabu, Ogos 12, 2009

Anti-Virus Untuk Ubuntu

Seringkali dipertanyakan oleh rakan-rakan pengguna Windows yang baru berpindah/menggunakan Ubuntu mengenai dengan perlindungan sistem Ubuntu dari serangan Virus. Saya perakui yang keraguan kepada kekebalan Ubuntu daripada serangan virus terutama pengguna baru tidak dinafikan dan setiap pengguna ada alasannya tersendiri.

Terdapat beberapa jenis Anti-Virus yang dibuat khusus untuk dipasang dan digunakan dalam Ubuntu. Antaranya adalah ClamAV/ClamTk (Clam AntiVirus), aVast Anti-Virus, AVG Anti Virus, BitDefender dan bermacam lagi. Kebiasaannya anti-virus diperlukan dalam Ubuntu jika menyediakan perkhidmatan melalui server. Tujuannya adalah bagi melindungi pengguna Windows yang akses mahupun menggunakan perkhidmatan yang diberikan.

Bagi pengguna yang berhajat menggunakan anti-virus dalam Ubuntu, bolehlah memasang mana-mana jenis anti-virus sepertimana yang dinyatakan diatas (sila layari website anti-virus berkenaan untuk keterangan lanjut mengenainya). Disini hanya diterangkan cara pemasangan ClamAV/ClamTk:
  1. Buka Add/Remove Applications (Applications > Add/Remove Applications).


  2. Pada ruang kotak "Show" pilih All available applications. Pada kotak "Search" taipkan ClamAV atau ClamTk ataupun Virus Scanner.
  3. Tik checkbox Virus Scanner (ClamAV/ClamTk dinamakan sebagai Virus Scanner), kemudian klik butang Apply Changes dan ikuti segala arahan yang dipaparkan untuk meneruskan pemasangannya.
  4. Setelah selesai Ubuntu memasangnya dalam komputer, ClamAV/ClamTk akan disenaraikan dalam menu Applications > System Tools > Virus Scanner. Sila rujuk website ClamAV/ClamTk untuk keterangan cara menggunakannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan