Antara keseronokkan yang perlu dirasai oleh pengguna Ubuntu adalah menggunakan arahan dalam terminal. Dengan menggunakan arahan Linux di terminal, seolah-olah kita berkomunikasi/bercakap dengan komputer, juga seolah-olah beraksi sebagai programmer ;) Tetapi dalam keseronokkan perlu sentiasa berhati-hati, jika tersilap menggunakan arahan boleh mengakibatkan kerosakkan pada sistem Ubuntu.
Susah atau senangnya bekerja melalui terminal, setiap pengguna Ubuntu perlu dan mesti mempelajarinya. Terminal adalah alatan yang paling berkuasa dalam mana-mana sistem Linux.

Disini dikongsikan rujukan senarai arahan Linux yang biasa dan sering digunakan. Sumbar asal diperolehi daripada Fosswire.com. Sila download fail CommandRef-Linux.pdf di http://www.ziddu.com/download/6100568/CommandRef-Linux.pdf.html.
2 ulasan:
Saudara sudah setentunya pengguna UBuntu yang boleh diketengahkan di Brunei (Power User). Teruskan usaha saudara dengan demikian diharapkan akan dapat membuka minda dan kesedaran pengguna komputer di Brunei tentang OS alternatif yang lebih mesra alam dan lebih menjimatkan budget. Saya pun sekarang sudah mula berjinak dengan sistem OS alternatif ini. Well.. I find it very cool and user friendly.
Terima kasih atas sokongan biskita. Saya belumlah lagi expert dalam Ubuntu, still newbie & dalam proses belajar mengenainya. Insya Allah dengan bertambahnya pengguna Ubuntu di Brunei, akan dapatlah untuk semua berkongsi dan memberikan tips serta panduan bagi kemudahan bersama terutama pada yang masih newbie. Selain itu bersama-sama untuk menyebar dan mewar-warkan kepada rakan-rakan sekeliling akan sistem pengoperasian Ubuntu.
Catat Ulasan