Isnin, Ogos 24, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 1)

Pengurusan fail mahupun direktori/folder pada Ubuntu adalah berbeza dengan MS Windows. Pada Ubuntu tidak ada istilah atau penggunaan drive letter (c:\, d:\, e:\ atau seumpamanya), apa yang digunakan adalah forward slash (/) bagi menandakan kita sedang berada pada root system. Keadaan ini jika pada MS Windows bolehlah disamakan seperti c:\.

Jikalau dalam MS Windows biskita biasa dengan c:\Documents dan c:\Documents and Settings\Owner\My Documents, pada Ubuntu pula adalah /home/Owner/Documents. Pada peringkat awal keadaan seumpama ini mungkin agak janggal dan susah tetapi insya Allah setiap pengguna Ubuntu akan terbiasa dengannya nanti.

Persoalannya sekarang, jika Ubuntu tidak menggunakan drive letter maka macamana halnya untuk bekerja ataupun menggunakan CD/DVD Rom mahupun USB Memory Stick?

Pada Ubuntu setiap media/device samada CD Rom ataupun USB Memory Stick akan di "Mount" secara automatik apabila ianya digunakan dan akan di "Unmount" apabila tidak menggunakannya lagi.

Sistem Ubuntu akan menayangkan setiap media yang digunakan sebagai folder, contohnya /media/cdrom0 (untuk cd rom drive) atau /media/disk (untuk USB Memory Stick). Selain itu setiap media yang telah di mount, shortcut ikon bagi media berkenaan akan diletakkan pada desktop Ubuntu. Biskita boleh bekerja dengannya samada dengan double-click ikon media berkenaan ataupun melalui Nautilus (File Browser pada Ubuntu) bagi memasuki media berkenaan.


Contoh paparan CD-Rom yang di mount dalam Nautilus.


Contoh Shortcut Icon pada desktop bagi CD-Rom dan juga USB Memory Stick yang di mount.

0 ulasan:

Catat Ulasan