Jumaat, Julai 31, 2009

Games Percuma Untuk Ubuntu

Memang tidak dinafikan ramai pengguna komputer muda remaja meminati games malahan pengguna veteran pun tidak ketinggalan untuk sama memainkannya. Samada games berbentuk Actions, Arcade, Strategy dan macam-macam lagi. Bagi pengguna Ubuntu, ada banyak games yang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma tanpa perlu membayar sesen pun. Antara games actions yang popular digunakan adalah, Alien Arena, Warzone,Tremulous, Nexuiz dan Sauerbraten.




Untuk memasang games berkenaan dalam Ubuntu, ikuti langkah dibawah;
  1. Dari menu Applications klik Add/Remove Applications; Tetingkap Add/Remove Applications (seperti gambar bawah) dipaparkan.
  2. Pada ruang kotak "Show", pilih All available applications.
  3. Pada kotak "Search", taipkan Alien Arena atau Warzone atau Tremulous atau Nexuiz ataupun Sauerbraten bagi menyenaraikan game yang dikehendaki.
  4. Tik check box game yang hendak dipasang, kemudian klik butang Apply Changes.
  5. Tetingkap pengesahan (confirmation) Apply the following changes? dipaparkan, klik Apply untuk meneruskan.
  6. Setelah selesai Ubuntu memasang games berkenaan, tutup tetingkap Add/Remove Applications.
Sebelum biskita memasang games berkenaan, sila lawati terlebih dahulu website games tersebut dan pastikan konfigurasi komputer biskita bersamaan dengan konfigurasi yang dikehendaki bagi menjalankannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan