Isnin, Julai 20, 2009

Memasang Language Support (Arabic) pada Ubuntu 9.04

Terdapat kalangan pengguna Ubuntu yang berkehendak menggunakan teks arab dalam OpenOffice; Untuk tujuan tersebut biskita bolehlah melakukan langkah seperti di bawah bagi memasang Arabic Language Support.

1. Pada System Menu, klik Administration > Language Support. Tetingkap Language (gambar bawah) akan terpapar;


Klik butang Install / Remove Languages. Tetingkap Install Languages(gambar bawah) akan dipaparkan;

  • Pilih bahasa (Arabic) yang hendak dipasang, kemudian tekan butang Apply Changes.
  • Tetingkap Downloading Package Files dipaparkan [Ubuntu memuat turun package].
  • Setelah selesai Package File dimuat turun, tetingkap apply changes terpapar [Ubuntu melaksanakan instalasi].
  • Setelah selesai instalasi, tekan butang Close pada tetingkap Changes applied dan tutup tetingkap Language, kemudian Restart Ubuntu.
2. Buka Keyboard Preferences daripada Sysetm Menu > Preference > Keyboard. Tetingkap Keyboard Preference (gambar bawah) akan dipaparkan;


Klik Tab Layouts dan tekan butang Add bagi menambah keyboard layout. Tetingkap Choose Layout (gambar bawah) akan terpapar;


klik pada kotak Country untuk memilih Saudi Arabia dan klik kotak Variants untuk memilih Arabic. Selepas itu tekan butang Add.

Klik butang Layout Options (pada tetingkap Keyboard Preference); Tetingkap Keyboard Layout Option akan dipaparkan (seperti gambar bawah).


Klik Key(s) to change layout dan tik kotak Alt+Ctrl juga kotak Both Alt Key together. Lepas itu tutup tetingkap dengan menekan butang Close. Selepas itu, tutup tetingkap Keyboard Preference.

Menggunakan Keyboard Arabic dalam OpenOffice;

1. Buka OpenOffice;
  • Pada Tools menu pilih options.
  • Klik language setting > Languages.
  • Pada ruangan Default languages for documents, pilih Arabic (Saudi Arabia).
  • Pada ruangan Enhanced language support, tik kotak Enable for complex text layout (CLT). Kemudian klik butang Ok.
2. Gunakan kombinasi kekunci keyboard Alt+Ctrl untuk menggunakan keyboard arabic ataupun english.

0 ulasan:

Catat Ulasan