Ahad, Julai 26, 2009

CD Ubuntu & Kubuntu 9.04 Jaunty Jackalope



Beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat tempahan CD Ubuntu dan Kubuntu 9.04 Jaunty Jackalope daripada Canonical Ltd melalui laman web shipit.ubuntu.com. Alhamdulillah kemarin 25 Julai 2009, kesemua CD yang ditempah telah saya terima. CD-CD berkenaan akan diaggihkan kepada setiap ahli Kumpulan Pengguna Ubuntu Brunei. Jika biskita berminat untuk menggunakan Ubuntu dan ingin mendapatkan CD berkenaan, sila hubungi saya melalui emel ubuntubrunei(at)linuxmail(dot)org. Jumlah CD adalah terhad; First come first serve :)

Selain itu terdapat juga CD Xubuntu 9.04, Xubuntu 9.04 (Alternate) dan Ubuntu 9.04 (Alternate).

0 ulasan:

Catat Ulasan