Rabu, Julai 01, 2009

Sofwer Alternatif Untuk Pengguna Windows

Memiliki sebuah komputer peribadi adalah sudah menjadi trend dan semacam kemestian ketika ini. Setiap orang berkehendakan komputer samada desktop ataupun laptop. Beribu-ribu ringgit sanggup dikeluarkan untuk tujuan memilikinya.

Namun di sebalik semua itu, apakah perbelanjaan kita membeli sebuah komputer akan terhenti setakat itu sahaja. Tentu tidak bukan? Pengguna bukan hanya menyediakan bajet ribuan ringgit untuknya membeli sebuah komputer, malahan perlu menyediakan bajet tambahan bagi membeli sofwer-sofwer lain untuk digunakan dalam komputer tersebut.

Memang tidak dinafikan, kebanyakan komputer baru masa ini tersedia terpasang Windows (Genuine). Tetapi dengan hanya terpasang sistem pengoperasian Windows sahaja, tidak akan memberikan kelancaran kepada penggunanya untuk melaksanakan kerja yang dikehendaki. Banyak sofwer-sofwer tambahan yang diperlukan tidak tersedia pada Windows. Sebagai contohnya, dalam Windows tidak tersedia aplikasi Office. Yang ada hanya WordPad, yang ternyata amat terhad untuk digunakan dalam kerja-kerja penulisan / pemerosesan perkataan (Word Processing). Walaupun ada sebahagian vendor memasang aplikasi Microsoft Office, ia hanyalah versi trial yang akan mansuh selepas 60 hari digunakan. Sementara aplikasi grafik yang tersedia adalah Paint, sedangkan banyak pengguna yang berkehendakan seperti Adobe Photoshop, Corel Draw atau seumpamanya.

Keterbatasan aplikasi yang terdapat dalam Windows tersebut, menyebabkan ada kalangan pengguna yang sanggup mencari dan menggunakan sofwer-sofwer pirate atau yang telah di crack (saya istilahkan Sofwer Haram). Kerana tidak banyak yang sanggup mengeluarkan belanja ratusan atau ribuan ringgit lagi untuk membeli sofwer berkenaan.

Macamana dengan bikita, adakah biskita tersenarai sebagai pengguna sofwer haram? Tidakkah biskita merasa bersalah menggunakannya? Sanggupkah biskita menunjuk hasil karya yang biskita hak cipta peliharakan, sedangkan sofwer yang digunakan untuk menghasilkannya adalah sofwer haram? Apakah kerja yang dihasilkan dengan sofwer-sofwer haram tersebut diberkati? Fikir-fikirkanlah.

Tidakkah ada cara atau alternatif untuk mengelak semua ini berlaku? Jawapannya tentu ada :). Ada ribuan sofwer-sofwer yang dibangunkan secara sumbar terbuka (Open Source) yang boleh kita gunakan dengan tanpa perlu membayar lesen penggunaannya. Ubuntu adalah diantaranya. Selain itu ada banyak lagi sofwer-sofwer open source yang bukan hanya boleh digunakan dalam Ubuntu tetapi untuk digunakan dalam Windows. Antaranya adalah;
  • Ubuntu alternatif Windows XP & Vista.
  • OpenOffice alternatif kepada Microsoft Office.
  • Kexi alternatif kepada Microsoft Access.
  • Dia alternatif kepada Microsoft Visio.
  • Open Workbench alternatif kepada Microsoft Project.
  • Bluefish alternatif kepada Microsoft FrontPage
  • Scribus alternatif kepada Microsofe Publisher.
  • KompoZer alternatif kepada Dreamwever
  • GIMP alternatif kepada Adobe Photoshop
  • InkScape alternatif kepada Adobe Illustrator dan Corel Draw
  • Avidemux alternatif kepada Adobe Premiere.
  • OpenLaszlo alternatif kepada Macromedia Flash Professional
  • Archimedes alternatif kepada AutoCAD
  • PDFCreator alternatif kepada Adobe Acrobat.
  • Sumatra PDF alternatif kepada Adobe Reader
  • Songbird alternatif kepada iTunes
  • Miro alternatif kepada Windows Media Player.
  • Filezilla alternatif kepada CuteFTP.
  • 7-Zip alternatif kepada WinZip.
Yang disenaraikan di atas adalah sebahagian sahaja dari sofwer-sofwer open source yang ada, biskita bolehlah mencari sendiri di internet. Elakkan dari menggunakan sofwer haram.

0 ulasan:

Catat Ulasan