Jumaat, Julai 24, 2009

Sabily Sistem Pengoperasian Ubuntu Edisi Muslim

Dalam arus perkembangan sistem pengoperasian komputer yang berasaskan Linux, saya amat berbangga sekali kerana terdapat penggiat sumbar terbuka dengan gigih mengusahakan sistem pengoperasian Ubuntu Edisi Muslim. Sabily 9.04 merupakan jenama baru bagi Ubuntu Edisi Muslim. Ianya khusus untuk kegunaan orang-orang Islam.



Sabily dibangunkan berasaskan Ubuntu Linux, maka cara penggunaannya, sofwer standard yang ada padanya adalah sama sepertimana Ubuntu. Sofwer utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) – Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar – Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain.




Biskita boleh memuat turun Sabily Versi 9.04 di http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/downloads. Dan untuk keterangan lanjut mengenai Sabily, sila layari http://www.sabily.org/website/

Bagi pengguna Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope yang berminat untuk membuat transformasi ke Sabily; Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal) copy dan paste arahan di bawah.
  • sudo wget http://www.sabily.org/sources.list.d/`lsb_release -cs`.list --output-document=/etc/apt/sources.list.d/sabily.list; sudo apt-get -q update; sudo apt-get --yes -q --allow-unauthenticated install sabily-keyring; sudo apt-get -q update

  • sudo aptitude install sabily
Setelah selesai Ubuntu melaksanakan pemasangan Sabily, restart komputer biskita.

Sila rujuk website Sabily di http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/installation untuk maklumat lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan