Sabtu, Julai 25, 2009

Ubuntu Tweak

Jika pengguna Windows mempunyai TweakVista juga TweakXP, pengguna Ubuntu pula ada Ubuntu Tweak. Pada awal Julai lepas Ubuntu Tweak telah mengeluarkan versi terbaharunya iaitu Ubuntu Tweak 0.4.7.3 - http://ubuntu-tweak.com/



Ubuntu Tweak adalah sebuah aplikasi yang dengannya memudahkan pengguna untuk menkonfigurasi sistem Ubuntu. Aplikasi ini amat membantu terutama kepada pengguna Ubuntu yang masih baru bagi melaksanakan konfigurasi sistem Ubuntu yang digunakan.

Antara fungsi dan kelebihan yang ada pada Ubuntu Tweak:-
  • View of Basic System Information(Distribution, Kernel, CPU, Memory, etc.)
  • GNOME Session Control
  • Auto Start Program Control
  • Qucik install common usded applications
  • A lot of third-party sources to keep application up-to-date
  • Clean unneeded packages or cache to free the disk space
  • Show/Hide and Change Splash screen
  • Show/Hide desktop icons or Mounted Volumes
  • Show/Hide/Rename Computer, Home, Trash icon or Network icon
  • Tweak Metacity Window Manager’s Style and Behavior
  • Compiz Fusion settings, Screen Edge Settings, Window Effects Settings, Menu Effect Settings
  • Set the Shortcuts to let qucikly access your favourite applications
  • GNOME Panel Settings
  • Nautilus Settings
  • Advanced Power Management Settings
  • System Security Settings
Cara memasang Ubuntu Tweak dalam Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope:
  1. Buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan dibawah.

    • sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com FE85409EEAB40ECCB65740816AF0E1940624A220

  2. Daripada menu System, buka Software Source (System > Administration > Software Source) dan Klik tab Third Party Software.



  3. Klik butang Add dan masukkan arahan dibawah pada kotak APT Line kemudian klik butang Add Source.

    • deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu hardy main
    • deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu hardy main

    • deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main
    • deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main



  4. Selepas itu, buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah dalam terminal.

    • sudo apt-get update
    • sudo apt-get install ubuntu-tweak
Setelah Ubuntu selesai melakukan pemasangan Ubuntu Tweak, biskita bolehlah membuka Ubuntu Tweak melalui menu Applications > System Tools > Ubuntu Tweaks.

0 ulasan:

Catat Ulasan