Khamis, Julai 23, 2009

Memasang CompizConfig Settings Manager (CCSM)

Bagi membolehkan membuat effect 3D mahupun animasi pada desktop Ubuntu 9.04, biskita perlu memasang Advanced Desktop Effects Settings (ccsm). Caranya adalah seperit berikut;
  1. Dari menu Applications klik Add/Remove Applications; Tetingkap Add/Remove Applications (seperti gambar bawah) dipaparkan.
  2. Pada ruang kotak "Show", pilih All available applications.
  3. Taipkan compiz pada kotak "Search", ini akan menyenaraikan sofwer yang bersanggkutan.
  4. Tik check box Advance Desktop Effect Setting (ccsm), kemudian klik butang Apply Changes.
  5. Tetingkap pengesahan (confirmation) Apply the following changes? dipaparkan, klik Apply untuk meneruskan.
  6. Setelah selesai Ubuntu memasang sofwer berkenaan, tutup tetingkap Add/Remove Applications.
  7. CompizConfig Settings Manager disenaraikan dalam menu System > Preferences.


Contoh setting bagi menggunakan effect pada CompizConfig Setting Manager

Effect Cube:-
  • Pada kategori Desktop, aktifkan plugin Desktop Cube dan juga Rotate Cube dengan mentik check box yang ada padanya.
  • Pada kategori General, klik General Options. Klik tab Desktop Size dan pada ruang Horizontal Virtual Size, ubahkan saiz 2 kepada 4.
  • Untuk menggunakan effect ini, gunakan kombinasi kekunci keyboard Shift+Alt dan klik butang kiri mouse sambil drag mouse.


Effect Expo:-
  • Secara default effect ini sudah diaktifkan pada kategori Desktop. Jika belum, sila tik check box yang ada untuk mengaktifkan plugin ini.
  • Gunakan kombinasi kekunci [super] + [e] bagi menggunakan effect ini. Kekunci [super] ialah kekunci yang mempunyai logo microsoft.

Effect Shift Switcher:-
  • Aktifkan plugin Shift Switcher pada kategori Windows Management.
  • Gunakan kombinasi kekunci [super] + [tab] untuk menggunakan effect ini.


Effect Wobbly Windows:-
  • Untuk memberikan effect Wobbly Windows (Window menjadi lembik dan lentur), pada kategori Effect, aktifkan Wobbly Windows dengan mentik check box yang ada padanya.



Ada bermacam-macam plugin yang boleh biskita gunakan dalam CompizConfig Setting Manager untuk memberikan effect pada desktop Ubuntu. Contoh yang ditunjukkan di atas hanyalah sebahagiannya sahaja. Biskita bolehlah mencubanya sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan