Sabtu, Julai 18, 2009

Effect 3D Pada Desktop Ubuntu


Untuk melakukan perpindahan dari sistem pengoperasian Windows kepada Ubuntu; memang banyak aspek yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna. Kebanyakkan pengguna Windows juga akan mempersoal apakah kecanggihan dan kelebihan yang boleh dilakukan Ubuntu? dapatkakah ianya menyaingi kecanggihan yang ada pada Windows? dan bermacam-macam lagi persoalan yang dipertanyakan.

Selain Ubuntu adalah percuma, ada banyak kelebihan dan kecanggihan yang ada padanya; antaranya adalah memberikan effect 3D pada desktop Ubuntu. Kelebihan ini mungkin tidak dapat dilakukan pada Windows; jika boleh pun, mungkin memerlukan konfigurasi perkakasan komputer yang canggih dan mahal. Pada Ubuntu, bagi membolehkan effect grafik atau 3D dijalankan, sesebuah komputer itu hanya memerlukan 1.2GHz x86 Processor, 384 MB memory (RAM), 8 GB ruang hard disk dan kad grafik yang disokong oleh Ubuntu.

Dengan menggunakan aplikasi Compiz Fusion - Compiz Setup Manager membolehkan pengguna Ubuntu melakukan pelbagai effect bagi desktop mereka seperti 3D Windows, Cube Reflection and Deformation dan bermacam-macam lagi (sepertimana contoh pada gambar di atas dan clip video di bawah). Compiz Setup Manager dengan mudah dan percuma untuk dimuat turun melalui Add and Remove Applications pada Applications Menu.

0 ulasan:

Catat Ulasan