Isnin, Julai 13, 2009

Menjalankan Aplikasi Windows Dalam Ubuntu

Pada peringkat awal sememangnya pengguna Windows yang baru berpindah ke Ubuntu, akan merasa sukar untuk meninggalkan perisian yang biasa mereka gunakan dalam Windows. Walaupun ada terdapat banyak perisian alternatif bagi menggantikannya tetapi ianya akan mengambil sedikit masa untuk belajar dan memahirkan diri menggunakannya. Oleh itu sebelum biskita terus bertukar menggunakan perisian alternatif, biskita bolehlah menggunakan aplikasi Wine, yang dengannya membolehkan aplikasi Windows dipasang dan dijalankan dalam Ubuntu.

Ada banyak aplikasi Windows yang boleh dijalankan dalam Ubuntu melalui Wine, untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila layari laman web WineHQ di http://www.winehq.org/

Contoh aplikasi Adobe Photoshop yang digunakan dalam Ubuntu

0 ulasan:

Catat Ulasan